Thursday, 19 May 2016

Assalamualaikum..
Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana kem Back To Fitrah ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dari rakan-rakan yg lain.
Kedua, terima kasih kpd Dr. Khairul Naim kerana sudi datang pada majlis penutup yg telah diadakan. Terima kasih juga kerana banyak beri tunjuk ajar kepada kami sebelum program dijalankan.
Berdasarkan kem yg telah dijalankan ini, saya akui banyak perkara baru yang dapat saya belajar.
Contohnya, cara untuk berinteraksi dengan adik-adik. Biasalah manusia lain-lain perangai, jadi adik-adik ni juga seperti itu. 
Seterusnya, dari kem ini juga, saya lebih dekat dengan rakan-rakan sekelas. Maksudnya, saya lebih dapat mengenali rakan-rakan yang lain kerana di kelas kami hanya belajar di dalam sebuah kelas yg sama , tapi di sini kami belajar untuk bekerjasama bagaimana untuk mengawasi tingkah laku adik-adik, bagaimana cara untuk melancarkan perjalanan program dan lain-lain lagi.
Baiklah, rasanya cukuplah coretan yang sedikit itu. nanti cerita di lain masa pula..haha..
Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan yang berlaku secara tidak sengaja semasa program dijalankan. Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak membantu.


                                                                                                       Iman Mushaddad a.k.a. abg Sado :)


No comments:

Post a Comment