Sunday, 20 March 2016

Pelancaran Iklan

~ Assalamualaikum ~

Bersua lagi kita ya, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. :D
Semoga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan amal kita .

Alhamdulillah - Officially Published -
 What are you waiting now ?
...................................................................................................................................................................

Join us now !! 
Oh yeah, and don't forget to share this with your families and friends :)

See You SOON.....


~Wassalam~


-ku madihah binti ku Md Ali
 

Tuesday, 15 March 2016

PERJUMPAAN KE-3

Perjumpaan kali ke 3 diadakan pada hari Isnin baru-baru ini iaitu bertarikh 14 Mac 2016. 
Perjumpaan tersebut diadakan untuk mengetahui tentang perkembangan tugasan yang telah dibahagikan kepada setiap unit . Setakat yang kami ketahui pada Isnin yang terlalu , nampaknya setiap unit masing-masing telah menjalankan tugasan masing-masing bagi memastikan kelancaran program yang bakal berlansung pada bulana April nanti. 


semua tengah khusyuk mendengar !



pengarah program (berbaju merah) :)


Timbalan pengarah program bertudung hitam ditemani beberapa sahabat yang tengah khusyuk mendengar pembentangan unit makanan.

 perbincangan yang rancak dan mendapat sokongan dan idea yang pelbagai dari rakan-rakan sekelas.




Terima Kasih semua kerana memberi kerjasama yang amat baik... harap semua dapat memberi komitmen kepada pogram yang kita rancang sehinggalah selesai pelaksanaan program kelak..!!!!

Setakat ini dahulu ...nantikan update yang seterusnya dari kami.

BERSAMBUNG......................

Monday, 14 March 2016

Hati kita ..

Manusia dijadikan suci rohaninya. Namun disebabkan kita melakukan perbuatan dosa maka kesucian rohani itu tercemar. Oleh itu, manusia perlu sentiasa membersihkan diri dengan cara menghayati dan mengamalkan perintah Allah swt agar dapat mensucikan semula jiwa yang sudah dicemari.


Memandangkan program kami dijalankan tidak lama lagi, tapi kami ingin berkongsi rasa syukur kepada pembaca sekalian kerana.... Allah swt telah memudahkan urusan kami dalam melaksanakan persediaan program. Kami yakin pertolongan Nya sentiasa bersama kami. Akhir kalam, carilah peluang untuk menjadi "better muslim"dalam hari-hari kalian. tak rugi pun..
 Nina #backtofitrah



Sunday, 13 March 2016

Kemudahan di Tempat Program

Seperti yang kita sedia maklum, Alhamdulillah kami mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak pengurusan Masjid An Nur, Saujana Utama. Terima kasih kepada  Cik Nur Husnina kita, yang memberi cadangan bernas kepada kami bagi mengadakan program di sini. Terdapat pelbagai kemudahan terbaik dan homestay bagi tetamu yang datang ke sini :

 















Tempat yang bakal kami berprogram....In shaa Allah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah beberapa minggu kami berbincang dan memerah otak bagi mencari lokasi yang strategik dan bersesuaian dengan program yang kami rancangkan akhirnya kami mahasiswa Tahun Satu JAPI telah bersepakat mengadakan program Jalinan Masyarakat di Masjid An Nur  yang terletak di Saujana Utama, 47000 Sg Buloh, Selangor. Oleh itu, pada hari Khamis bersamaan 10 Mac 2016, wakil kami telah melawat masjid tersebut bagi berjumpa dengan pihak pengurusan masjid. Alhamdulillah, pihak pengurusan masjid bersetuju bagi bekerjasama dengan kami dalam menjayakan program ini.

Masjid An Nur



Sekitar Masjid :












Huhu...cantikkan?  Kami belanja lagi gambar :

Perjumpaan dengan pihak pengurusan masjid :






Ambil gambar sebelum pulang

Kami berharap dengan mengadakan program Jalinan Masyarakat dengan kerjasama pihak Masjid An Nur dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa Universiti Malaya dengan komuniti di sini...

Assalamualaikum, nantikan update kami seterusnya~

Tuesday, 8 March 2016

Hari ini , MT (majlis tertinggi) untuk program JALINAN MASYARAKAT masih meneruskan perbincangan sesama mereka untuk mendapat kata putus mengenai program yang akan dijalankan nanti...

Selepas mendapat kata putus sesama mereka, secepatnya akan dimaklumkan kepada anda semua mengenai program yang akan di jalankan...

Sekian, terima kasih..

we love JAPIANS....
moga kami sama-sama dapat menjalankan program yang dirancang dengan jayanya....
Amiinn...............

Monday, 7 March 2016

CARTA ORGANISASI

PENYELARAS JABATAN
Dr. Mohd Khairul Naim Bin Che Nordin


PENGARAH PROGRAM
Mohd Nazmi Bin Mohd Khalli



TIMBALAN PENGARAH
Ku Madihah Binti Ku Md Ali



SETIAUSAHA
Nurul Adila Binti Ali



BENDAHARI
Nur Salsabila Binti Azizan

UNIT-UNIT AHLI JAWATANKUASA 


TEKNIKAL & MULTIMEDIA

Nur Nabila Binti Mohd Zamri
Nur Balqis Binti Mohd Saad
Nor Farhanah Binti Abd Raub


MODUL & PENGISIAN

Nur Shafika Binti Abdul Latif
Nur Husnina Binti Tazul Rahim
Norwahizatulbinti Wahed
Muhammad Noor Iman Bin Mushaddad



LOGISTIK & PENGANGKUTAN

Muhammad Hisyamuddin Bin Ramli
Salsabila Binti Mat Yasim
Nurul Husna Binti Ariffin



KEBAJIKAN & MAKANAN

Mohd Asyraf Bin Kamil
Mariam Nabilah Binti Mustazar
Nur Alia  Binti Mohmed



TAJAAN

Hafifi Nurulshifa Binti Ismail
Nurul Ain Binti Ahmad Zaki
Nur Akmal Izzaty Binti Ismail
Siti Nurnabilah Binti Muhamad Fairul Anuar



Sunday, 6 March 2016


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

Pada hari Jumaat yang lalu iaitu bertarikh 4/3/2016 , kami pelajar dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam (JAPI) telah mengadakan perjumpaan yang pertama bersama Dr. Mohd Khairul Naim Bin Che Nordin yang merupakan selaku penyelaras jabatan akidah bagi subjek Jalinan Masyarakat. 

Perjumpaan yang pertama ini telah diadakan pada jam 3:00 petang bersama sebahagian pelajar sahaja kerana terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kegiatan luar. Perjumpaan telah diadakan di bilik mesyuarat jabatan (JAPI).




Dr. Mohd Khairul Naim telah memberikan beberapa penerangan serta penjelasan mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Selepas itu , pembentukan ahli jawatankuasa bagi subjek Jalinan Masyarakat ini telah dibentuk bagi memudahkan gerak kerja yang akan dilakukan pada masa akan datang .

Sekian , setakat ini dahulu update kerja daripada kami.

Terima Kasih.






Nantikan Kemunculan kami !!


ini cerita tentang keluarga kami..

pada semester 2 , kami dari pelajar ijazah sarjana muda usuluddin , jabatan Akidah dan Pemikiran Islam telah  ditugaskan untuk mengadakan program jalinan masyarakat..

nak tahu tempatnya? .............................  stay tuneee :)