Tuesday, 10 May 2016

ASSALAMUALAIKUM,,,

fasolli wanusolli ala rasulillah..

alhamdulillah.. alhamdulillah,, selesai sudah " kem back to fitrah ". pada awalnya pelbagai cabaran dan kesukaran yang kami tempuhi untuk merangka dan menjalankan program ini ! pertolongan dan kemenangan daripada Allah itu benar.. kami dapat melengkapkan seterusnya mengakhiri kem ini dengan jaya sekali ! 

mewakili unit makanan dan kebajikan. abg acap memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang program. khususnya berkaitan kelewatan hidangan makanan, menu yang tidak menepati selera dan sebagainya. manakala berkaitan hal penempatan dan tempat beradu para peserta juga begitu, abg acap mohon seribu kemaafan andai kata mendatangkan ketidakselesaan kpd para peserta. ketahuilah kami para AJK bertungkus lumus untuk menyediakan yang terbaik buat kalian. adat bagi orang yg baru bertatih,, jatuh bangun,, tergolek,, tersadung spenjang proses berjalan. begitu juga kami ! sedang belajar lagi,, moga2 dapat ibroh dan manfaat baik hasil daripada pelaksanaan kem ini, :)

terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekerja saya, kak yam dan kak alia. sungguh banyak bantuan yang mereka hulurkan bagi melancarkan gerak kerja unit kami. pengalaman, kemahiran dan ilmu yang mereka miliko sangat2 membantu saya dalam mengatur rancangan sekaligus melaksanakannya. beberapa kali kami diuji sepanjang disana, seperti contoh: terpaksa mengubah menu daripada yg asal, bahan yang tidak mencukupi, makanan yang tiba lewat. semua ini dapat diselesaikan secara baik. hasil perbincangan dan bantuan rakan2 AJK yg lain juga :) tidak dilupakan juga kepada pihak masjid khususnya nazir masjid yg bnyak membantu, segala kelengkapan dan peralatan di dapur masjid sudi dipinjamkan kepada unit kami, secara tidak langsung dapat melancarkan gerak kerja yang dirancang. kepada En. Tazul (ayahanda kpd kak nina) ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan kami rangkulkan kpd beliau. pak cik tazul banyak membantu kami dlm mendapatkan sumber kewangan, penyediaan makanan dan bantuan logistik bagi memudahkan pergerakan unit kami. beliau sangat2 berkorban masa dan tenaga utk sama2 menjayakan program ini. selain limpahan nasihat dan buah idea yg dicurahkn kpd kami bertujuan menambah baik proses yg telah kami rancang menjadi lebih cemerlang.secara peribadi saya beruntung kerana dapat mendengar pelbagai cerita daripada beliau yg telah lama berkecimpung dalam bidang dakwah juga di Plus berhad,

kepada para peserta kem back to fitrah ! selamat maju jaya abg acap ucapkan.ambil segala input dan manfaat baik drpd kem ini ! terapkan dlm kehidupan seharian kalian. aplikasikan dlm strategi pembelajaran kalian ! insyaALLAH kejayaan milik anda semua ! :)

abg dengar feedback yg sgt baik drpd kalian dan ibu bapa juga. mana tahu ada " kem back to firah 2,0 "? :D doakanlah, ada rezeki ketemu lagi.... rajin2 belajar.. maassalamah ! see u d ipt :)

bakal LT.MUDA asyraf ~

No comments:

Post a Comment