Tuesday, 3 May 2016


                                                               بسم الله الرحمن الرحيم


Walau tidak pernah bersua
Walau tidak pernah bertentangan mata
Walau tidak pernah berbicara
Namun terasa bagai sudah lama berjumpa
3 hari kita bersama
Pelbagai rasa yang dapat dirasa
Pelbagai kenangan yang menggamit rasa
Walaupun hanya seketika
Tercipta memori indah antara kita
Kem BTF benar-benar menyatukan kita.

   Apa khabar fasilitator2,ajk2 dan adik2 kem BTF?Semoga dalam keadaan sihat dan ceria.Sedar tak sedar,2 minggu sudah berlalunya kem ini.Pertama sekali ,tahniah diucapkan kepada adik2 kerana menjadi insan yang terpilih untuk menyertai kem ini.Pertemuan ini bukanlah  secara kebetulan melainkan Allah telah tetapkan kita untuk bertemu.Sungguh cantikkan aturan Allah , mempertemukan kita dalam suasana yang cukup indah.Semoga adik2 dapat mengamalkan input2 positif yang diperoleh dari kem ini.

  Kedua,tahniah kepada rakan2 seperjuangan yang telah bertungkus lumus sebelum,semasa dan selepas program untuk memastikan kem BTF ini berjaya mencapai matlamatnya dan berjalan dengan lancar.Alhamdulillah setelah beberapa minggu berusaha keras,pelbagai rintangan yang telah kita tempuhi serta mendapat tindak balas positif dari para peserta.Ramai yang meminta supaya kem BTF diadakan lagi.Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kem ini berjalan bermula daripada mesyuarat pertama kem BTF.Terima kasih kepada semua atas pengalaman ini dan banyak memberi tunjuk ajar.

   2minggu sebelum kem ini bemula,kami masih lagi tidak mendapat dana yang mencukupi.Sebagai ahli unit tajaan sememangnya diri mulai bimbang.Terasa seperti ingin menunda kem ini ke tarikh lain.Namun setelah melihat ketua unit tajaan dan ahli2 yang lain bersemangat mencari jalan untuk mencukupkan dana,secara tak langsung semangat itu kembali dalam diri.Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan tajaan seperti membuat jualan,membersihkan bilik pensyarah dan lain2 lagi.Alhamdulillah selepas selesai program,kami mendapat  tajaan yang mencukupi daripada beberapa agensi.Nasihat kepada pembaca BTF yang menjadi unit tajaan,bersiap sedialah mencari dana awal2.Kesabaran,kerjasama dan kesungguhan itu perlu dalam diri masing2.
   
    Akhir kalam,terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan Kem BTF ini secara langsung atau tidak terutama Penyelaras subjek Jalinan Masyarakat,Dr khairul Naim,k.fisha,dr syed,ustaz syukri,family Nina,senior2 dan semua yang membantu dari segi memberi sokongan,idea serta material.Semoga program-program sebegini diteruskan,bukan hanya terhenti di sini sahaja.

       Sekian,salam ukhwah setautan mahabbah.Jom, Back To Fitrah kawan-kawan!!!


                                                                                                                                       

                                                      -  N.A.I -
     

       

No comments:

Post a Comment