Tuesday, 3 May 2016

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum wbt

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,kita dapat menyempurnakan kem back to fitrah sebagaimana yg telah dirancang...Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi,  alhamdulillah Allah izinkan kami para ajk dan fasilitator  bertemu dengan adik2 yg sgt sporting dan bersemangat sepanjang program dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menjayakan program....(terutamanya nina sekeluarga)

Walaupun kem ni dah dekat 3 minggu dah beakhir, tapi kerinduan kepada adik2 peserta kem btf ni masih lagi terasa sebab ni program pertama yg aku jd fasi and ajk selepas masuk um ni..... Gementar dia sebelum program ni memang tak payah cerita la sebab dah lama tak buat program2 macam ni...
dalam hati ni pon berdebor-debor dia Allah je yg tahu... dalam eksaited nak jumpa adik2 ni, terselit jugakla  risau sebab takut tak dapat jalankan amanah seperti yang diharapkan oleh semua orang.... and lagi satu takut adik2 yang bakal duduk satu grup dengan aku ni rasa tak selesa dengan cara aku.

And then hari yang dinanti pon tiba.... bertolak dari um ke masjid ni dengan bas (tahnks to Hisyam, last minute kami dpt jugak bas) dengan hati yang berdebor2... tp sbb jln jauh n sesat plak tu, maka ramaila diantara kami yg tertewas dengan syaitan yang bergayutan di mata dan terjaga bila da smpai depan gate masjid....

Pastu.... dipendekkan cite, time pendaftaran tu aku tolomg la adik2 ni tulis nama dkt kain ikat kepala diorang so scara tak langsungnye ade la budak2 ni yang namanya aku dapat cam...pastu bila sume fasi n ajk disuruh utk kenalkan diri, memang makin berdebor la teman... ate udoh lame bebenornye pon tak bercakap depan budok2 mude...

Habis sesi perkenalan,bahagi kumpulan dan aku dapatla kumpulan itik...( serius lawak bila aku panggil diorang anak2 itik...okbai)
risau jugak aku bila tengok budk2 ni... terpikirla aku kat situ, mampu ke aku ni nak duk sama2 dalam satu kumpulan ni dgn diorg??? nak bimbing diorang bagai??? aku ni pon bukan la bagus mana pon....
Tapi apa yang aku suka  dgn adik2 ni, diorang sangat sporting dan sentiasa bagi kerjasama bila aku suruh diorang bagi pandangan diorang masing2 dlm satu2 perkara (walaupun ade yang nak tido time aku tgh cakap.... xpe dik, akak redo)...

tapi yang bestye dalam kem btf ni, aku bukan je dapat tunjukkan skill aku bercakap depan adik2 ni and kongsi pandangan aku dengan diorang (sebab aku ni pon masih lagi blajo, so x berani nak ckp bagi ilmu bagai) , tapi aku pon dapat jugak ambil input2 dan ilmu2 baru yg aku xtau daripada budak2 ni sbbnya kebanyakan diorang ni, kalo tanye soalan je mesti dapat jawab...
and aku rasa aku yang banyak belajar daripada diorang sebab diorang ni suka bagi pandangan masing2... yang kadangkala aku tak terfikir pon yg diorang akan ckp... Adik2 ni memang the best la sebab diorang ni lebih berani daripada aku sebab aku time skolah memang aku paling tak suka bercakap depan orang....gemuruh...hehehheh

Wa akhirulkalam.... syukran jazilan ala kulli hal...pengalaman mengendalikan kem btf ni adalah satu pengalaman yg sangat berharga dan akan menjadi penentu aras kepada program2 yang kita akan jalankan di masa hadapan... terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan yang sentiasa menyokong dan membantu untuk aku terus semangat dalam kem ni.... serius lepas habis program aku rasa ukhuwah antara kami semakin kuat dan harap program yang bermanfaat seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masaakan datang...
(thanks to unit logistik, lepas ni kita kena lebih function lagi ok! sori aku pon x bagi kerjasama sgt dekat korang... insyaalah kalo kita still lagi dalam unit yang sama, kita kasi function sikit ini unit)
sori membebel panjang sbb dah lama x update....

Sampai jumpa lagi salam ukhuwah fillah,

                     -ladyvvip-

No comments:

Post a Comment