Assalamu'alaikum, semua....
Alhamdulillah...genap 9 hari kem "Back To Fitrah" berlalu pergi meninggalkan daku dan juga rakan-rakanku. Masa berlalu begitu pantas lantasku tidak menyedari akan dia yang semakin jauh. :) Cuma nak cakap kat sini, korang memang terbaik la!!! Sayang korang...;) Program berjalan dengan lancar walaupun semua orang penat. Penat tu hilang bila tengok adik-adik senyum...
Dan yang paling terharu ialah salah seorang ibu daripada salah seorang peserta menghantar wasep kepada Nazmi yang sikap anaknya berubah ke arah kebaikan selepas sertai kem ini. Alhamdulillah...Semua yang baik datang dari Allah...Semoga adik terus istiqomah ya...sayang adik-adik semua...<3 Ermmm...tak tau nak cakap apa dah. Tintaku terhenti di sini dahulu memandangkan percambahna idea yang terbantut di kala matahari kian meninggi tika ini...
Maafkan diriku sahabat-sahabat, adik-adik dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Terima kasih untuk segalanya....terima kasih untuk segala kenangan manis dan pahit kita bersama sepanjang perkenalan ini. Terima kasih kerana menerima diriku apa adanya...Moga Allah sentiasa meredhoi dan merahmati kita semua serta dipermudahkan segala urusan...Aamiin ya robbal'alamiin.
Salam kasih dan sayang,
Adila
Sabtu, 1217 p.m.
No comments:
Post a Comment