Thursday, 7 April 2016

Ehem....Assalamu'alaikum, semua...

Sebenarnya, memang diriku ingin mengatakan banyak perkara. Namun diriku hanya mampu menulis sebahagian daripadanya. Ok. Fokus ya! :) Maafkan diriku yang agak bersastera memandangkan malam sudah jauh usianya kini. Kadang-kadang waktu sebegini memang sesuai untuk meluahkan apa yang kita rasa. Waktu yang sunyi...Nak luah kat sapa tu? Kat Allah la...Pikiaq pelik2 la tu. Hihi...Tapi pada saat ni saya nak luahkan kat sini. Tau awak tengah excited nak baca kan? Sabaq naa...

Nak dijadikan cerita, perjumpaan pertama JM ni hari Jumaat. Masa tu kebetulan chek p Cameron. Tengah bercuti sambil berkhidmat kepada masyarakat katakan...Sebab program tu under unit kesukarelawan. Alhamdulillah...best sangat. Yang tak bestnya, tetiba dilantik jadi setiausaha untuk JM...oookeey. Diriku terpana dan terkesima buat seketika. Dah la tak dak pengalaman nak buat surat, KKP bagai...Pastu gelabah biawak la jadinya...Aduh...tetapi demi Japians terchenta, ke relakan jua walau terpaksa. Cewwah...:D

Tetapi diriku yakin, di sebalik pelantikanku sebagai setiausaha, ada banyak hikmahnya. Hikmah yang sangat bermakna buat diriku. Di situ diriku mengenali hakikat sebanar seorang insan yang bernama...eh. melalut pulak. Hihi. Secara zahirnya, hikmah tu mestilah saya dah tau mcm mn nk tulis surat yang betul, tau apa yang salah, apa yang patut diperbetulkan... Hihi. Banyak yang diriku belajar dari Kak Fiesha (PA Ketua Jabatan JAPI). Terima kasih kak sebab banyak tolong kami. Terima kasih jugak untuk segalanya...:) Pengalaman yang cukup bermakna bagiku...Akanku simpan ia dalam sanubariku...

Waktu berlalu begitu pantas...Hari silih berganti. Minit dan saat terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Membuatkan diriku tak mampu untuk mengejar serapatnya...Lebih kurang 7 hari lagi program ini akan berlangsung. Kuhitung waktu demi waktu dengan sejuta harapan menggunung agar program ini akan berjalan dengan lancar. Aamin...Diharapkan agar semua sahabatku terus bersemangat menjayakan program ini. Cia...cia...cia...Rasanya takat sini dulu kot. Kelopak mata semakin berat sebagai tanda isyarat supaya ia perlu berehat. Saya tau awak nak baca lagi kan? Hihi. Nnt bila saya dah ready nk buat blog sendiri, nnt follow tau!

Maaf tersalah bicara dan terkasar bahasa. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua...Aamiin ya robbal'alamiin. Assalamu'alaikum dan selamat malam...:)

Seikhlas hatiku,
Nurul Adila (Kakak)
SU JM
Jumaat (8/4/2016), 1.44 a.m.
:)

No comments:

Post a Comment