Tuesday, 19 April 2016

DONE !!!

Alhamdulillah ..........
Selesai juga tugasan kita bersama-sama dalam menjayakan program BACK TO FITRAH yang telah berjalan lancar pada hari berlansungnya kem tersebut pada 15/4/2016 sehingga 17/4/2016 selama 3 hari.
Sekalung perhargaan diucapkan kepada penyalaras subjek Jalinan Masyarakat Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam iaitu Dr. Mohd Khairul Naim Bin Che Nordin kerana sudi menghadirkan diri pada majlis penutupan kem tersebut pada hari Ahad yang lalu.
Tahniah juga kepada semua sahabat-sahabat kerana bertungkus-lumus menjayakan program ini. Terima Kasih  di atas kerjasama yang telah diberikan. Tanpa semangat sepasukan, mana mungkin kem ini dapat berjalan seperti hari kejadian. Kalian semua memang terbaik. Selepas ini bermulalah kita untuk sama-sama menyiapkan laporan program untuk dibentangkan pula pada masa yang akan diberitahu kelak. Diharapkan semua dapat bekerjasama dalam menyiapkan laporan tersebut.

Laporan bagi setiap slot berserta gambar akan di upload pada masa terdekat. Harap semua dapat bersabar ya. hehe....

Maaf atas salah silap dan keterlewatan bagi mengupdate status di blog ini.



No comments:

Post a Comment