بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله
Bila disuruh update mengenai perasaan... em, sebenarnya banyak yang tidak terkata oleh kata-kata. Jadi, saya ringkaskan ataupun cuba simpulkan sahaja.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, perkara paling utama bagi saya.. bahawa saya sangat berterima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga, umi dan ayah saya yang telah banyak membantu sebelum dan semasa program. Jasa dan pengorbanan mereka sejak dari kecil hingga sekarang memang sukar dibalas kerana terlalu banyak sehingga tidak terkira. Hatta dengan wang pun tidak mampu membayar jasa dan pengorbanan yang diberikan. Hakikatnya, mereka bukanlah mahukan wang dan tidak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada seorang anak malahan mereka hanya mengharapkan kebahagiaan dan kepuasan anaknya bahkan yang paling diharapkan adalah sebenarnya doa daripada seorang anak. Allahu..
Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan dan kepada semua yang terlibat dalam BTF. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ustazah Wan kerana telah membantu dalam pencarian peserta. Maaf sekiranya diri ada salah silap..
Disebalik BTF ini, walaupun tidak pernah bersua tetapi ada juga yang masih sudi membantu saya dari segi idea untuk pengisian dan tidak putus-putus memberi sokongan dari jauh. Saya ingin memberi kalam pun tidak boleh kerana terlalu banyak yang ingin dikatakan tetapi cukup dengan hanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya. Semoga kita bersua.. In shaa Allah..
Akhir kalam, semoga BTF siri berikutnya dapat dijalankan dengan lebih baik walaupun sebelum ini sudah baik.. waallahualam, wassalam..
Yang pemalu lagi segan,
Nina..
No comments:
Post a Comment