بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Pada hari Jumaat yang lalu iaitu bertarikh 4/3/2016 , kami pelajar dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam (JAPI) telah mengadakan perjumpaan yang pertama bersama Dr. Mohd Khairul Naim Bin Che Nordin yang merupakan selaku penyelaras jabatan akidah bagi subjek Jalinan Masyarakat.
Perjumpaan yang pertama ini telah diadakan pada jam 3:00 petang bersama sebahagian pelajar sahaja kerana terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kegiatan luar. Perjumpaan telah diadakan di bilik mesyuarat jabatan (JAPI).
Dr. Mohd Khairul Naim telah memberikan beberapa penerangan serta penjelasan mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Selepas itu , pembentukan ahli jawatankuasa bagi subjek Jalinan Masyarakat ini telah dibentuk bagi memudahkan gerak kerja yang akan dilakukan pada masa akan datang .
Sekian , setakat ini dahulu update kerja daripada kami.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment