Pages

Thursday, 19 May 2016

Assalamualaikum..
Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana kem Back To Fitrah ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dari rakan-rakan yg lain.
Kedua, terima kasih kpd Dr. Khairul Naim kerana sudi datang pada majlis penutup yg telah diadakan. Terima kasih juga kerana banyak beri tunjuk ajar kepada kami sebelum program dijalankan.
Berdasarkan kem yg telah dijalankan ini, saya akui banyak perkara baru yang dapat saya belajar.
Contohnya, cara untuk berinteraksi dengan adik-adik. Biasalah manusia lain-lain perangai, jadi adik-adik ni juga seperti itu. 
Seterusnya, dari kem ini juga, saya lebih dekat dengan rakan-rakan sekelas. Maksudnya, saya lebih dapat mengenali rakan-rakan yang lain kerana di kelas kami hanya belajar di dalam sebuah kelas yg sama , tapi di sini kami belajar untuk bekerjasama bagaimana untuk mengawasi tingkah laku adik-adik, bagaimana cara untuk melancarkan perjalanan program dan lain-lain lagi.
Baiklah, rasanya cukuplah coretan yang sedikit itu. nanti cerita di lain masa pula..haha..
Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan yang berlaku secara tidak sengaja semasa program dijalankan. Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak membantu.


                                                                                                       Iman Mushaddad a.k.a. abg Sado :)


Tuesday, 10 May 2016

ASSALAMUALAIKUM,,,

fasolli wanusolli ala rasulillah..

alhamdulillah.. alhamdulillah,, selesai sudah " kem back to fitrah ". pada awalnya pelbagai cabaran dan kesukaran yang kami tempuhi untuk merangka dan menjalankan program ini ! pertolongan dan kemenangan daripada Allah itu benar.. kami dapat melengkapkan seterusnya mengakhiri kem ini dengan jaya sekali ! 

mewakili unit makanan dan kebajikan. abg acap memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang program. khususnya berkaitan kelewatan hidangan makanan, menu yang tidak menepati selera dan sebagainya. manakala berkaitan hal penempatan dan tempat beradu para peserta juga begitu, abg acap mohon seribu kemaafan andai kata mendatangkan ketidakselesaan kpd para peserta. ketahuilah kami para AJK bertungkus lumus untuk menyediakan yang terbaik buat kalian. adat bagi orang yg baru bertatih,, jatuh bangun,, tergolek,, tersadung spenjang proses berjalan. begitu juga kami ! sedang belajar lagi,, moga2 dapat ibroh dan manfaat baik hasil daripada pelaksanaan kem ini, :)

terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekerja saya, kak yam dan kak alia. sungguh banyak bantuan yang mereka hulurkan bagi melancarkan gerak kerja unit kami. pengalaman, kemahiran dan ilmu yang mereka miliko sangat2 membantu saya dalam mengatur rancangan sekaligus melaksanakannya. beberapa kali kami diuji sepanjang disana, seperti contoh: terpaksa mengubah menu daripada yg asal, bahan yang tidak mencukupi, makanan yang tiba lewat. semua ini dapat diselesaikan secara baik. hasil perbincangan dan bantuan rakan2 AJK yg lain juga :) tidak dilupakan juga kepada pihak masjid khususnya nazir masjid yg bnyak membantu, segala kelengkapan dan peralatan di dapur masjid sudi dipinjamkan kepada unit kami, secara tidak langsung dapat melancarkan gerak kerja yang dirancang. kepada En. Tazul (ayahanda kpd kak nina) ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan kami rangkulkan kpd beliau. pak cik tazul banyak membantu kami dlm mendapatkan sumber kewangan, penyediaan makanan dan bantuan logistik bagi memudahkan pergerakan unit kami. beliau sangat2 berkorban masa dan tenaga utk sama2 menjayakan program ini. selain limpahan nasihat dan buah idea yg dicurahkn kpd kami bertujuan menambah baik proses yg telah kami rancang menjadi lebih cemerlang.secara peribadi saya beruntung kerana dapat mendengar pelbagai cerita daripada beliau yg telah lama berkecimpung dalam bidang dakwah juga di Plus berhad,

kepada para peserta kem back to fitrah ! selamat maju jaya abg acap ucapkan.ambil segala input dan manfaat baik drpd kem ini ! terapkan dlm kehidupan seharian kalian. aplikasikan dlm strategi pembelajaran kalian ! insyaALLAH kejayaan milik anda semua ! :)

abg dengar feedback yg sgt baik drpd kalian dan ibu bapa juga. mana tahu ada " kem back to firah 2,0 "? :D doakanlah, ada rezeki ketemu lagi.... rajin2 belajar.. maassalamah ! see u d ipt :)

bakal LT.MUDA asyraf ~

Monday, 9 May 2016

Masa lalu Tertinggal

Assalamualaikum seme...


Bersyukur ke hadrat Ilahi yang menghidup & mempertemukan kite walaupun cuma seketika.


Tapi itulah antara tujuan kite diciptakan untuk berkasih sayang  & berkenal - kenalan sesama makhluk.


Selama 3 hari 2 malam kite bermesra, abang bersyukur dapat kenal dengan korang seme, korang seme bagus, lagi 1 abang nak mintak maaf kalu abang kurang bersosial dengan korang, abang ni pemalu skit.  Al maklum laa sifat keperempuanan tu terlebih skit..


Abang x pasti korang seme ingat atau x agy muka abang. Yelah abang ni xdela femes mcm abang - abang lain. Diorang seme tu hot stuff. Abang ni ibarat melukut di tepi gantang je. 


  


Kat bawah nie abang ade selitkan serpihan kenangan - kenangan kite seme. Mudah - mudahan kite dipertemukan lagi. Aminn












Akhir kalam, selamat menyambut Ramadan al- Mubarak.


Yang tulus ikhlas,
Hisyaam.

Friday, 6 May 2016

CAMPUR BAUR :)


SENYUM dan ucapkan ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih izinkan kita bersama mereka yang kita SAYANG...... 


biarlah gambar yang berbicara :>


disini saya belajar untuk mengurus


disini saya belajar untuk bersabar
inilah dia kumpulan adik2 ayam saye 


disini saya belajar untuk memberi idea sbb otak kami same2 beku
bertukar name menjadi "SUPER SYABAB"


disini saya belajar untuk menyayangi


disini saya belajar untuk memahami


disini saya belajar untuk mengalah 


disini saya belajar untuk mendengar



disini saya belajar untuk BERANI


disini saya belajar untuk POSITIVE


disini saya belajar untuk mengenali


disini saya belajar untuk bekerjasama


disini saya belajar untuk berterima kasih





disini saya belajar untuk bercakap dan bertenang


dan disini saya belajar untuk MENGHARGAI serta BERKASIH SAYANG :>


yang ikhlas,
bunga bergerak 




Tuesday, 3 May 2016

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum wbt

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,kita dapat menyempurnakan kem back to fitrah sebagaimana yg telah dirancang...Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi,  alhamdulillah Allah izinkan kami para ajk dan fasilitator  bertemu dengan adik2 yg sgt sporting dan bersemangat sepanjang program dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menjayakan program....(terutamanya nina sekeluarga)

Walaupun kem ni dah dekat 3 minggu dah beakhir, tapi kerinduan kepada adik2 peserta kem btf ni masih lagi terasa sebab ni program pertama yg aku jd fasi and ajk selepas masuk um ni..... Gementar dia sebelum program ni memang tak payah cerita la sebab dah lama tak buat program2 macam ni...
dalam hati ni pon berdebor-debor dia Allah je yg tahu... dalam eksaited nak jumpa adik2 ni, terselit jugakla  risau sebab takut tak dapat jalankan amanah seperti yang diharapkan oleh semua orang.... and lagi satu takut adik2 yang bakal duduk satu grup dengan aku ni rasa tak selesa dengan cara aku.

And then hari yang dinanti pon tiba.... bertolak dari um ke masjid ni dengan bas (tahnks to Hisyam, last minute kami dpt jugak bas) dengan hati yang berdebor2... tp sbb jln jauh n sesat plak tu, maka ramaila diantara kami yg tertewas dengan syaitan yang bergayutan di mata dan terjaga bila da smpai depan gate masjid....

Pastu.... dipendekkan cite, time pendaftaran tu aku tolomg la adik2 ni tulis nama dkt kain ikat kepala diorang so scara tak langsungnye ade la budak2 ni yang namanya aku dapat cam...pastu bila sume fasi n ajk disuruh utk kenalkan diri, memang makin berdebor la teman... ate udoh lame bebenornye pon tak bercakap depan budok2 mude...

Habis sesi perkenalan,bahagi kumpulan dan aku dapatla kumpulan itik...( serius lawak bila aku panggil diorang anak2 itik...okbai)
risau jugak aku bila tengok budk2 ni... terpikirla aku kat situ, mampu ke aku ni nak duk sama2 dalam satu kumpulan ni dgn diorg??? nak bimbing diorang bagai??? aku ni pon bukan la bagus mana pon....
Tapi apa yang aku suka  dgn adik2 ni, diorang sangat sporting dan sentiasa bagi kerjasama bila aku suruh diorang bagi pandangan diorang masing2 dlm satu2 perkara (walaupun ade yang nak tido time aku tgh cakap.... xpe dik, akak redo)...

tapi yang bestye dalam kem btf ni, aku bukan je dapat tunjukkan skill aku bercakap depan adik2 ni and kongsi pandangan aku dengan diorang (sebab aku ni pon masih lagi blajo, so x berani nak ckp bagi ilmu bagai) , tapi aku pon dapat jugak ambil input2 dan ilmu2 baru yg aku xtau daripada budak2 ni sbbnya kebanyakan diorang ni, kalo tanye soalan je mesti dapat jawab...
and aku rasa aku yang banyak belajar daripada diorang sebab diorang ni suka bagi pandangan masing2... yang kadangkala aku tak terfikir pon yg diorang akan ckp... Adik2 ni memang the best la sebab diorang ni lebih berani daripada aku sebab aku time skolah memang aku paling tak suka bercakap depan orang....gemuruh...hehehheh

Wa akhirulkalam.... syukran jazilan ala kulli hal...pengalaman mengendalikan kem btf ni adalah satu pengalaman yg sangat berharga dan akan menjadi penentu aras kepada program2 yang kita akan jalankan di masa hadapan... terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan yang sentiasa menyokong dan membantu untuk aku terus semangat dalam kem ni.... serius lepas habis program aku rasa ukhuwah antara kami semakin kuat dan harap program yang bermanfaat seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masaakan datang...
(thanks to unit logistik, lepas ni kita kena lebih function lagi ok! sori aku pon x bagi kerjasama sgt dekat korang... insyaalah kalo kita still lagi dalam unit yang sama, kita kasi function sikit ini unit)
sori membebel panjang sbb dah lama x update....

Sampai jumpa lagi salam ukhuwah fillah,

                     -ladyvvip-

                                                               Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم


Walau tidak pernah bersua
Walau tidak pernah bertentangan mata
Walau tidak pernah berbicara
Namun terasa bagai sudah lama berjumpa
3 hari kita bersama
Pelbagai rasa yang dapat dirasa
Pelbagai kenangan yang menggamit rasa
Walaupun hanya seketika
Tercipta memori indah antara kita
Kem BTF benar-benar menyatukan kita.

   Apa khabar fasilitator2,ajk2 dan adik2 kem BTF?Semoga dalam keadaan sihat dan ceria.Sedar tak sedar,2 minggu sudah berlalunya kem ini.Pertama sekali ,tahniah diucapkan kepada adik2 kerana menjadi insan yang terpilih untuk menyertai kem ini.Pertemuan ini bukanlah  secara kebetulan melainkan Allah telah tetapkan kita untuk bertemu.Sungguh cantikkan aturan Allah , mempertemukan kita dalam suasana yang cukup indah.Semoga adik2 dapat mengamalkan input2 positif yang diperoleh dari kem ini.

  Kedua,tahniah kepada rakan2 seperjuangan yang telah bertungkus lumus sebelum,semasa dan selepas program untuk memastikan kem BTF ini berjaya mencapai matlamatnya dan berjalan dengan lancar.Alhamdulillah setelah beberapa minggu berusaha keras,pelbagai rintangan yang telah kita tempuhi serta mendapat tindak balas positif dari para peserta.Ramai yang meminta supaya kem BTF diadakan lagi.Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kem ini berjalan bermula daripada mesyuarat pertama kem BTF.Terima kasih kepada semua atas pengalaman ini dan banyak memberi tunjuk ajar.

   2minggu sebelum kem ini bemula,kami masih lagi tidak mendapat dana yang mencukupi.Sebagai ahli unit tajaan sememangnya diri mulai bimbang.Terasa seperti ingin menunda kem ini ke tarikh lain.Namun setelah melihat ketua unit tajaan dan ahli2 yang lain bersemangat mencari jalan untuk mencukupkan dana,secara tak langsung semangat itu kembali dalam diri.Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan tajaan seperti membuat jualan,membersihkan bilik pensyarah dan lain2 lagi.Alhamdulillah selepas selesai program,kami mendapat  tajaan yang mencukupi daripada beberapa agensi.Nasihat kepada pembaca BTF yang menjadi unit tajaan,bersiap sedialah mencari dana awal2.Kesabaran,kerjasama dan kesungguhan itu perlu dalam diri masing2.
   
    Akhir kalam,terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan Kem BTF ini secara langsung atau tidak terutama Penyelaras subjek Jalinan Masyarakat,Dr khairul Naim,k.fisha,dr syed,ustaz syukri,family Nina,senior2 dan semua yang membantu dari segi memberi sokongan,idea serta material.Semoga program-program sebegini diteruskan,bukan hanya terhenti di sini sahaja.

       Sekian,salam ukhwah setautan mahabbah.Jom, Back To Fitrah kawan-kawan!!!


                                                                                                                                       

                                                      -  N.A.I -
     

       

Monday, 2 May 2016

HARI KE-2 BACK TO FITRAH

bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum wbt..


haaa...sori...lambat abam nak update utk ari kedua nih....haiisshh...bz nau pas abes prog adik2 ni....xderlaaa....x bz mna pon,,,,,kdg xder idea nak oyak gapo....

key...malam2 camni,,, nak updte ckit,,,ttg ari kdua,,, abam dah ngantuk dah senanyer,,,,tp.....nak juga....erm....gituuhhh....

okey trus pda crita yg abam nak cita la naa...mai sat naaa...abam nak habaq mai nih....

baiklaaa...masa ari kdua tuh...kalo tgok tetatif prog pn dah mkin bnyak dah banding hari pertama tuh...yelakan....hari kdua dah...xkanlaa xda buat pape plaa...fuhh..ksian akak ika dah penim pale dah duk pk prog ape n buat,,,bukan dia sorg jer,,,dgn ahli2 dia skali penim sbelum program lg duk pk prgram gapo nk buat...then alhmdulillah...masa hari kejadian tu smua berjalan dgn lancar...

eremmmm...bru starting,,,,dah panjag,,,blom masuk cita psal aktiviti lg...ermmm...xpe abam cuba....

pada awal pagi dlm pkul 4 am tuh smua dh kna bngun sebab per? sebbnyer ada qiamulail...huhuhuuh...lamo dah x buat,,,ya Allah,,,serba salah pla...sempat gaklaa muhasabah masa qa tuh...msa sbelum tido tu sempat gaklaa suh penghulu spya gerakkkan awal spya dapt bngun n bsiap awal...dan terbaik ar dia dh bngunkan msuk aku skali masa tuh dlm kul 330 am...aku ckp dgn dia...awal lg di...hhahahah....nmpak sgt mcm malas nk bngn...erm....yelahh..pastu aku pn trus bgun naik g bilik kejut kan yg laki lain....ngatkan aku laa paling lewat kalangn ajak laki nih....sebb...smentra budak2 tu pegi bsiap aku pn nk p bsiap gak...xkan aa nak pkai bju tdo tu jer truskan...so bila msuk bilik...dorg tgah sedap tdur...tkejut gak laa..trus aku lmpu,,kjutkan,,,tu pn dorg mcm lmbat ckit lg...xpelaa...mybe dorg penat so aku jer settelkan bdak2 tuh...eh...yg aku mksdkan ni budak laki taw...bukan pempuan,,,,kang x pasal2 pk aku kejutkan dak puan pla,,,hahhaha,,,ni bilik aku laa dgn iman, hisyam n acap skali,,,dorg 3 jer tdo blik mlm tu,,,aku temankan adik2 nih dlm masjid....

dah setel qiam,,,,tggu pla wktu subuh dlam beberapa minit lagi...org n makin rmai dtg,,terbaik arh masjid ni,,,,jemaah dia memg rmai sgt...rsa sedap sgt bila berjmaah ...rsan sgt kemanisan jemaah tu..dah setel smua....akak ika kita nih truskan aktiviti energizer.....wuuuuuuu....bersenam jer kot...nma die gempak dooo...hahhah,,,,paperlaa yg penting terbaik...erm....key...msa ni...lawak...hahahha...lawak sebab per...sebab aku x lawak ngan budak2 tuh...tp aku festaim tgok akak2 ni mnari....ermmm...hahahhahah..tu jer...x lawak pon...masa tu ada tarin penguin..pastu ade taria pe ntah...x igt dah...ylah dah ssemggu kot...aku menari gak..mne yg aku tawu aku iku...yg aku x tawu aku follow jer...ksian gak adi2 tu,,,,huhuuhuhu,,,,festaim menari er....hahhaha...xpe dik....kmi buat ni spaya korg suma happy..

lepas enegizer akak ika tu...trus pla dgn love box pe ntah,,,hahahahah,,,sori ta igt,,,x taawu letak mne tentatif tuh.....yg nii game die,,,,alah lebih kurg jer macm main game kotak beracun,,,,tpi sbab akak ika tu romantik org nyer,,,so die gunalaa 'love' kan...x gitu akak ika nyer.....dgr lagu pastu nila lagu dh stop...sape pegang masa ni...dialaa orgnyer...kna cabut o ambil sekeping kertas dlm kotak tu then baca...tajuk pe yg korang kena...tu jer...xlah havock sgt...tp mesej tu yg penting sbenarnyer...nak didik adi2 tu bia bersuara dpan umum...xlah..duk tgok2 org lain x klua suarenyer kan...erm......

pastu....masa utk sarapan pla...ermmm...dap oO..srapan pserta msa tuh...nasi lemak...hhhhahahah...yg tekejutna ngatkn fasi dgn adik2 tu sama menu...rupanya idok ler...fasi makn roti canai...huhuhuhu...yg lawaknyer aderlaa akak2 ni yg mnta nasi lemak tu...ksian...erm...nasi lemak tu ckup2 jer utk adik...dan...lawak jglaa bila dpt tawu ada adik ni 'alergik' dgn nasi lemak...lahaii dik oi...nasi lemak tu mknn melayu dik....awat western sgt nih...hhhahahah..xper...tu cita sarapan jer...mls nk panjg2...

lepas sarapan...adik2 ni pergilaa khidmat diri...mksudnya persiapkan diri utk program sterusnyer...yelaa kan...dri subuh td ade yg x mndi lagi...ade jer yg dah mndi...yg dah mndi tu bole ler rest kejap smntara mnggu...yg tak,,,pergilaa mandi dorg nih...huhuuhu...dah settel smua....adik2 nih pergi solat sunat duhah berjemaah...

okey...xnak ckp panjg senanyer...tp nak juga luahkan smua....ermmm...sabarla erk kepada pembaca...


dlm kuul 9 suku tuh slot pertama utk hari ni pn mula...sloat apa bnda tu?...Revive Your Soul....gempak x nma kitorang...erm....korang jgn macm2 tau...akidah..akidah jg...tp...soal mengayat nih..korang jgn main2..pekena pula akak ika korang tuh.....hahhah....slot 1 ni adalh slot ttg perbaiki solat...bgaiman kaedah yg betul...mana yg etul...mna yg salah...masa i ust Shukri sbgai penceramah die...uhuhuhuhuh...terbaik arh...ust dri jabatan kitrang gak...tutorial tasawuf ust nilaa yg ajaq..hahahha...slot 1 nih smpailaa pkul 10 suku...kejap jer...sejam..x lame pun dik oi...xyh nk stres bgai,,,hahahha,,,pastu...msuk kpd LDK pula...LDK stand for latihan dalam kumpulan...alah mcm x biasa tiap kali program memg ade punyer...propa jer x tawu,,,hempuk satgi,,haaa...LDK 1 ni....adik2 tu kena laa aplikasikan apa yg dapat dri slot  td...haaa.terbaik kan??,,,,bukan stakat bgi teori jer...praktikal skali dik oi...x ke ruginyer kalo kome idok pegi??ermmm...masa ni aku x tgok sgt...sbab aku ae kat bwh dgn unit mknan,,mengkuti stiap perubahan n perkembngan depa ni haa...ksia dorg...dahla x ramai...keja nyer cbuk pula...huhuhu....xpelaa erk...kome smuo bulih...

abes slot 1 n LDK tu...msa utk minum pagi....alaah...mals nk berleterlaa hok nih...maleh..

pas slesai jer minum pagi,,, ade latihan dlam kumplan pula...iaitu persembahan mereka pda ari utk pntutpan keesokan ari...so dorg bincnglaa ckit2...apa yg ptut dorg buat msa pnutupan nti...bincg2 punya bincng...msa pun bergerak dan utk aktiviti sterusnye...iatu slot Adam Hawa...ahhaahahhaha..masa ni aku gelak...xlh lawakk....patutnya abg iman..tp dia sndiri ta tawu na ckp paa...ada idea dia...tp maybe ta biasa berckp depan2...slot ni yg mna pempuan kna pisah ngan laki...so bag2 maek yg laki...kaka2 amek yg puang...ermmm...so...abam tawu yg belah laki jelah...sebabnya aku bntu iman berbicara mngenai Sultan Muhamad Al-Fatih....hahhaha..ak dah sdia bahan dah...cmnya...msa nak bentg dpan adik2 tu...slide lupaa nak save msa buat ritu....hahhahhaha...memg gelabah gaklaaa..uhuhuhuhu...tp memndgkan masa kejap jer...so kami pn crita mna yg mampu jer....tambah2 pla ada adik2 yg tawu serba sdikit berkaitan tajuk yg di bincangkan....erm...hahhahah...xpe abg iman...kta kerjasama....ksian gaklaaa.kat adik2 tuh...sebabya dorg ada yg ta tawu siapa Sultan Alfatih tu sbenarnye....erm...kmi pn serba slah gak x detailkan penceritaan tuh...erm....takut nti kalo lebih2 salah fakta laa...

alahai...bru stengah ari cita abam nih....erm....jap eaa....nak cri idea plaa...

oke....smbung cita plaaa......

pastu.....setel atas tu...adik2 ni pn solat zoho berjemaaah...xda pa kot nak cita cni nih,,,,,ylaaa org tgh solat kot...paham la ckit ea....

then...depa smua peggi makan...ni pn xda pa nak cita sgt...sbab abam x skali dgn dorg....abg rest jap bilik pas zoho tu...huhuhuhuhu...siries...letih sgt2...

haaa...dah setel smua bnda tuh....next slot plaa...eh...bkaan slot....LDK....erm..LDK 3...iaitu muwasoffat tarbiah plaa..huuhuuh,,,ni aku x faham sgt mula nya caner...sebab yg andle akak abel nu haaa...sebabnya...kami fasi2 yg lain ada briefing ckit2 pasal explorace petg nih....hahahaahaha...aip..gelak pla....xderlaaaa...sjer jer...masa ni..tegang gak ar...sebabnya ada stengah akak2 ni xnak luar masjid....yg aku pla n beberapa yg lain...nak checkpoint kat lua...erm...amek masa gaklaaa masa nih...bgi aku  beslaa kalo explorace mudah2 ni,,,dorg pn dah besaq panjg...bole pk kan...erm...las kputusan...satu jer checkpoint kat lua..iaitu aku gan hisyam...g lain smua dlm kawsan masjid...rsau gaklaaa...cam kalut cit...tp xpa...x cuba kta x tawu kan...dah settel bncng smua...tawu2 dewan balckout,,,huuuu...ksian adik2 sbab kpanasan,,,,smpai ada yg klua dewan...las2 tuh...aku suh dorg turun bwah,,,,ade angin kpas...xlah panas mna pn...msa tu LDK ni x setel lg tau...smpatlaaa aku tgok ckit...rpnya...LDK ni...tiap kmpulan kna bg satu task...dan task tu adalh satu situasi yg mereka kna lakonkan....tu jer sbenarnye...cthnyaa...situasi yg aku smpat tgok...pda bulan puasa ada org yg x puasa,,,so tu jer,,,siriesly...msa ni otak aku jem gile...dah kena bngun awal pagi tuu...smpai petg tu x tdo2...haaa...nasib bdn...tapi xpe...sebab pkirkan tggungjwab...aku uat jgalaa..ksian dorg unit program dah sungguh buat aktiviti...aku sbgai ktua x ambil pduli lak..hahahahaha...

Sunday, 1 May 2016

Bukan senang nak jadi pendakwah

Assalamualaikum BTF Reader's...
hmmm..tak tahu nak kata apa cuma banyak manfaat yang saya dapat daripada Kem Back To Fitrah ni..Saya cerita yang saya ingat jela yerr

Secara jujurnya...
rasa diri ni tak layak nak jadi fasilitator adik-adik..
Haha..ilmu saya ni bukannya banyak sangat, nak nasihat lagi la..
diri ni pun banyak lagi kekurangan..
Kalau boleh tak nak pun jadi fasi, tapi dah kawan-kawan susun takpelah..
sebab sebelum program ni pun tak banyak komitmen dalam gerak kerja dengan kawan-kawan..
Saya tak nak la demand minta macam-macam..Hehe..alaa jadi fasi je..small matter..
Maaf sangat-sangat korang sebab terikat dengan komitmen lain sebelum ni...

Semasa jadi fasi, memang rasa janggal sangat bila bersama dengan adik-adik..
Nasib baik satu kumpulan dua orang fasi...
Alhamdulillah ada Nina..adala jugak borak-borak kan..hehe
Sori ya adik-adik..akak ni pendiam sikit..Akak pun ada kerja multimedia lagi-lagi hari terakhir..
Memang tak dapat nak join night walk dengan korang dik..
Haha..serious sangat moment time tu..dah macam panda dah rasanya mata ni..
Time hari terakhir, video kami tak buat lagi, gambar-gambar tak pilih lagi..memang tak tidur la time tu..Stress jugakla dengar kawan-kawan punya dengkur..Bestnya la hai diaorang tidur..Nak tidur kang, esok kena siapkan jugak video ni..(sob sob sob..)

Okay, lupakan pasal tu, balik pada hari sebelum hari terakhir, kitaorang fasi kena buat explorace. Tiba-tiba AJK Multimedia kena jaga slot Muwasofat Tarbiah sebab fasi-fasi lain nak get ready untuk explorace yang bakal dibuat lepas asar...Kitaorang pun ambillah amanah tu dengan rela hatinya...(betullah) Lepas tu, time masa tengah ada lakonan-lakonan tu, blackout pulak...Dahla blackout, pastu tak da air..(Oh My God!!) Kitaorang pun pindahla ke depan dewan masjid tu sebab rupanya kat situ ada je elektrik..Hehe tiba-tiba Abel dan Balqis serah tugas pada saya pulak nak conduct budak-budak tu..Saya teragak-agak jugak la nak conduct..tapi langgar je lah..sikit je ni budaknya...Nasib baikla penyakit nervous tak datang time tu...kekeke

Bila cakap pasal nervous tak nervous ni kan..mesti tak sangka kan saya yang pendiam, tak banyak cakap pemalu n so on boleh menari kat depan..bukan menari gedik-gedik eh..menari sopan-sopan gitu..(time riadah maksud saya) saya pun tak sangka saya yang kena lead semua orang, termasuk fasi..sebab saya dan Bella je yang tau step tarian tu..haha tapi tak retila nak buat diaorang semangat menari..sebab fasi dia ni pun tak semangat...kang kalau saya semangat kang hilang title budak akidah..lagi-lagi kat masjid...kekeke

Ada satu malam tu, first night kot, ada adik perempuan ni tanya...
"akak kitaorang nak kena tidur mana?"
Hmm..time tu pun saya bingung..nak letak mana la diaorang ni..
Semua dah penuh..Tapi time tu saya dah gelabah dah..nak biarkan, kang tak jaga kebajikan budak pulak..Last-last saya kata " adik tunggu kejap eh..akak pergi panggil fasi lain"
Adoii mesti budak tu fikir tah apa-apa la aku nikan? Benda kecik pun tak boleh nak settle..
Haha..tapi serious la..dari sekecil-kecil hingga ke besar perkara banyak benda saya belejar dari program ni..

Hmm..masa sebelum tayangan video masa majlis penutup, masa tu lega sangat-sangat dalam tentatif tayangan video last sekali..kalau buat awal-awal, memang takde video la korang..
Sebab masa tu saya ngan Abel tengah bertungkus lumus buat video kat bilik...Aqis gi cover laptop kat tempat program. Masa tu dalam hati ni mampu doa je la harap-harap sangat video ni sempat siap dan render tak lama..Lega sangat ada Abel tolong..takleh bayang kalau saya buat sorang..tu gunanya ada AJK..ngeee...

So kesimpulannya...apa yang saya dapat?
  • Dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat (problem solving)
  • Dapat asah kemahiran multimedia
  • Dapat asah kemahiran bercakap depan orang ramai
  • Dapat rapatkan ukhwah antara kawan-kawan yang sebelum ni tak semua saya tau nama (teruk tak saya?)
  • Dapat kesedaran diri ni diperlukan dalam masyarakat (sob sob sob)
  • Dapat belajar sikap tolak ansur, tak pentingkan diri sendiri
  • Dapat menyumbang kepada masyarakat sebagai saham akhirat..


Ini sebahagian jela yang saya cerita...sebenarnya banyak lagi..tapi biasa- biasa jela.. kawan-kawan pun dah banyak cerita benda yang sama..Cuma..saya nak pesan untuk diri saya dan kawan-kawan yang belajar agama secara khusus, walaupun cita-cita kita mungkin bukan menjadi seorang pendakwah, semua dah maklum kita jadi pendakwah secara tidak sedar...masyarakat melihat akhlak dan peribadi kita...Kalau kita didik adik-adik kita Sayounara Jahiliah, kita pun kena sama-sama tinggalkan Jahiliah juga..Saya tahu..dunia siber sekarang sangat mencabar..saya sendiri pun susah nak tinggalkan benda-benda lagha..sangat susah...Kita pun dalam proses nak belajar...Doakan saya supaya kuat hadapi segala ujian dunia akhir zaman ini..Saya tak layak nak cakap banyak..saya ni bukanlah baik sangat..sebenarnya saya sedang bercakap dengan hati saya sendiri..Wassalam...

Nor Farhanah binti Abd Raub
AJK Multimedia BTF
Mahasiswi JAPI Tahun 1











Friday, 29 April 2016

bismillahirrahmanirrahim..

haaa..meh nak cita skit apa perasaan aku bila nak jlnkn kem "back to fitrah". mula2 excited sgt..ni kali kedua ak join bt program..huhu..dah lama x bt program..so, b'mulanya episode kami semua jd x tentu arah sbb seminggu(lbeh kurang la) sebelum kem b'jln..kecoh dlm group ws y tiba2 peserta meningkat kpd 90 org(t'sedak air koko sbb t'kejut sgt..huhu) dah tu apa lg..unit mknn kalang kelibut call la, msg la nak tanya utok tempahan mknn..sudaah..haha..dgn hamper x cukup..mcm2 la y serba serbi jd kurang..tp y paling kesian nazmi, adila dll(bebudk y x blek)..jenoh nak memikior apa y nak dtambah..hidup japi(eh..tetiba..haha)

ak smp ja um dah dekat pkol 12 mlm..pastu tunggu bella amek kat um sentral..bella palk t
tinggal camera y nak dguna time program..huhu..dugaan nak bt program mmg cenggini..alhamdulillah pkck fairul anuar(ayah bella) dgn ikhlasnya sudi nak hanto camera tu pepagi buta keesokkn hrnya sblum kami b'tolak ke masjid an-nur..alhamdulillah..tima kasih ayah bella, moga Allah murahkn rezeki pkck sekeluarga..aminn..

pg hr y nak p masjid an-nur(15/4/16) baru la sure y kitorg dpt guna bas um, y lawaknya.. sy n bella dah amek teksi nak p um sentral..b'benti plak kat 12th sbb nak amek izzah n iman kat situ..gaya nak smp um sentral diorg ckp bas dah dpt n bas amek kitorg dkt API aka AIS..makanya, kmi bt pusingan tawaf utok p api plak..huhu..duit teksi claim yaa..haha

lbeh kurang pkol 10.30 kmi smp masjid an-nur sungai buloh..smp2 ja tekezut den ramai bebeno manusia kat masjid, rupanya ada org meninggal..mesti org y meninggal tu org y baik2..sbb mmg cuaca mendung time tu, pastu hujan renyai2..moga arwah b'sama2 org b'iman..hbes ja org solat jenazah, pastu salah sorg ahli keluarga bg ucapan skit..diorg pon bwk jenazah g simpan..pastu ak g amek kunci bilik dkt tuan haji..bwk segala brg msok blk..kemas blk atas utok peserta guna..pastu ak, dila, madi n nina p beli mknn sbb ada y blum mkn dr pg n p cari skit brg2 program y x cukup lg..

time dok rehat2 sat kat blk lpas mkn n solat, tiba2 ada org(x ingat sapa..haha) bg ak phone dila sroh ak ckp..ak pon amek la phone tu n jwb call tu..alhamdulillah..mmg rezeki kmi sbb Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar call sroh amek cek..katanya cek dah siap..alhamdulillah..time tu rasa b'syukur sgt sbb duit mmg cukup2 ja..klu ada emergency ka apa ka, mmg kna kluaq duit sndr la jwbnya..alhamdulillah..sobs..sobss(nanges sbb t'haru..haha)..so, ak, dila n madi keluaq p amek cek tu..blek um sat amek brg y t'tinggal..sbb ada la org tu t'tinggal brg,,haha..pastu solat maghrib bagai, bru b'tolak p masjid..1 ja ak x suka dok kl..sbb jln sentiasa jem..mcm mna la org kl ni bleh dgn sabaqnya tunggu dlm keta..x b'gerak2..huhu..x phm ak..sabo ja la nak..jln jem + sesat mmg menguji kesabaran..punya la nak hilangkn stress smp kmi karaoke dlm keta..haha..seb baik semua perempuan..haha ibrah y ak dpt dlm situation ni..org kl mmg penyabar..haha

hr 1st b'jln dgn jayanya..terima kasih adik2..sbb x nakal sgt..terima kasih akak2 fasi sbb korban masa tido take turn jaga bebudk ni..muahh ckit..haha..

2nd day pun alhamdulillah semua ok..pg bt qiamullail, pastu solat subuh + tazkirah..dah siap semua bt energizer skit..tarian pingu y paling bdk2 ni suka..sapa x suka pingu kn..comel ja..haha..pastu sarapan nasi lemak dgn air super sedap y dbancuh dgn penuh kasih syg oleh 2 org hakak kita alia n yam..dap ngat..pastu slot ustaz syukri pasal revive your soul..amali solat dgn hakak2 fasi..ada soal jwb pasal solat..mcm mna nak jdkn org tu imam klu dia dah mula solat..cara duduk antara 2 sujud n tahiyyat akhir, mcm2 la soalan y dtuju..byk jgk p'kongsian y dkongsi oleh hakak2 n abg2 fasi..alhamdulillah..moga ilmu y dkongsi adik2 praktik n share dgn kwn2 y lain yaa..

eksplorace..ni 1 lg aktiviti wajib kem..ak n sal jg checkpoint skli..bila tnya bdk2 apa nma ak n sal..ada y bleh jwb n ada y dak..y x bleh jwb tu bila taw nma ak n sal jd frust..sbb nma sama..haha..sama tp x serupa ya dikk..


last day dah..huhu..sedeh skit time ni..sbb rasa sat sgt..x dan knal btol2 bebdk ni..dlm pkol 4.15am kitorg kejut peserta..dah turun n segar2 skit kitorg sroh diorg ikat mata guna kain y diorg guna ikat kat kepala..mkaaaa..dgn ini b'mulalah aktiviti wajib feveret den..haha NIGH WALK! klu p kem, night walk mmg wajib..klu x dak tu kira x lengkap la kem tu..haha..tp jd fasi lg seronok..sbb kita bleh usik bdk2..y bg langgaq tiang gol la(tu kejam..haha), usik dgn daun la..renjis air la..kemekkn botol la..mcm2  akak2 fasi buli..huhu..sbb nak muhasabah..dlm kubur nnty sorg2..huhu..seram plak..
ada sorg bdk ni, den pujuk smp duduk la dpn dia..punya la dia x mau ikot..padahal bdk2 lain semua dah msok masjid..ak sebut la tagline kmi.."kacang" dia jwb "hijau"..dekat 5-6 kali gak la..sebut nak bg dia pasti..tp dia dok x mau bangun..haha..qupanya sebelum ak p kat bdk tu, si ain kacau dia..ain dok mengusik "awak..awak nak kwn dgn sy x?"..hahahahahahaha..mmg la bdk tu kecut..siap nanges time ak pujuk sroh bagun ikot ak..tp cover line..ingat akak x taw ka dik..haha sbb tu night walk best..hahaha

lpas sesi muhasabah pasal kematian..kmi bt qiamullail..pastu solat subuh n tazkirah..hbes ja..sarapan pastu majlis penutup..bdk2 dminta utok bt p'sembahan time majlis penutup..ada y b'lakon, ada y nasyid, ada y gabung dua2..mcm2 la..bdk2 kn kretif..good job adik2..y penting kumpulan ak dpt no 1..yeay..tahniah al-falah..maaf andai kak sal n kak izzah ada bt salah..segala kekurang hrp d maafkn..ada rezeki kita jumpa lg..good luck bg y nak spm taun ni..irfan n dinie..2 org ja akak rasa amek spm taun ni..y lain f3 n f4..good luck kpd semua..moga b'jaya dunia akhirat..kenangan dgn korg xkn akak lupakn..sbb korg mmg best :-)

dkesempatan ini sy ingin memohon maaf dan jutaan terima kasih (hanya Allah y dpt m'balas jasa baik kalian) kpd semua pihak y t'libat secara langsung @ tidak langsung andai diri ini t'kasar bahasa, kurang sopan & sebagainya.. t'utama kpd pihak masjid an-nur, ustaz Syukri n sahabat beliau, ustaz khairul naim (penyelaras jalinan masyarakat JAPI)..Tidak lupa juga kpd mak nak ayah nina y sgt byk m'bantu kmi..terima kasih byk2..moga Allah luaskn rezeki en tazul rahim & keluarga..

tahniah kpd ajk aka fasilitator kem back to fitrah..t'utamanya nazmi, madihah n adila(org kuat ni..haha)..terima kasih sahabat2 semua(fifie, ain, akmal,bella, nina, ika, izzah, iman, hisham, sal, husna, asyraf, alia, maryam, abel, aqish n farhanah) sbb bg kerjasama y sgt baik bg m'jlnkn kem "back to fitrah"..moga dgn masa & tenaga y kita kluarkn akn dberi ganjaran oleh Allah..tanpa awak semua, x jln la program kita..

akhir kalam, moga Allah redha..
sehingga ketemu lg..
biiznillah..

sy y penat memikior apa nak taip,
Nur Salsabila Azizan.

Tuesday, 26 April 2016

Perasaan ku

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله



Bila disuruh update mengenai perasaan... em, sebenarnya banyak yang tidak terkata oleh kata-kata. Jadi, saya ringkaskan ataupun cuba simpulkan sahaja.  
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, perkara paling utama bagi saya.. bahawa saya sangat berterima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga, umi dan ayah saya yang telah banyak membantu sebelum dan semasa program. Jasa dan pengorbanan mereka sejak dari kecil hingga sekarang memang sukar dibalas kerana terlalu banyak sehingga tidak terkira. Hatta dengan wang pun tidak mampu membayar jasa dan pengorbanan yang diberikan. Hakikatnya, mereka bukanlah mahukan wang dan tidak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada seorang anak malahan mereka hanya mengharapkan kebahagiaan dan kepuasan anaknya bahkan yang paling diharapkan adalah sebenarnya doa daripada seorang anak. Allahu.. 
Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan dan kepada semua yang terlibat dalam BTF. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ustazah Wan kerana telah membantu dalam pencarian peserta. Maaf sekiranya diri ada salah silap.. 
Disebalik BTF ini, walaupun tidak pernah bersua tetapi ada juga yang masih sudi membantu saya dari segi idea untuk pengisian dan tidak putus-putus memberi sokongan dari jauh. Saya ingin memberi kalam pun tidak boleh kerana terlalu banyak yang ingin dikatakan tetapi cukup dengan hanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya. Semoga kita bersua.. In shaa Allah.. 
Akhir kalam, semoga BTF siri berikutnya dapat dijalankan dengan lebih baik walaupun sebelum ini sudah baik.. waallahualam, wassalam..

Yang pemalu lagi segan,
Nina..
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
assalamualaikum semua:),salam sygggg dr kak ika ..
apa khabar lah agaknye adik2 kak ika sekarang ek.. semoga sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sygNya:) semoga jadi anak soleh solehah.amin.. 
maaf ya sbb kali ni baru berkesempatan update blog nih.. waduh2. ok now nak story,

hmm.. kem back to fitrah,,rindu pulak rasa.. kem ni antara kenangan manis yang bermakna yang kak ika akn ingt smpai bile2:)
,dari episod bermulanya nama kem ni di beri.. 'BACK TO FITRAH'  istilah back to fitrah ni sbnarnya besar maknanya dalam hidup kak ika..biasalah kan..setiap manusia dlm hdupnya ada pahit manisnya.. dulu..time kak ika baru nak berhijrah menjadi yang lebih baik..(walaupon sekarang ni tk la baik sgt..ngee~ ,kak ika share sikit eh .. dulu kak ika selalu ingtkn diri.. kembalilah kepada fitrah islam
.. allah tak pernah ckp setiap perjalanan hidup itu mudah, tp allah ada ckp,"Aku akn bersama dgn org2 yg sabar".Kak ika selalu pesan pada diri.. Yg lalu biarkan berlalu.. usah berpaling, pandang kehadapan.sekali dah jatuh..nangis puas2.lpas tu bangkit.dan jgn jatuh kali kdua atas sebab yg sama. ahaa..share skit2 suda la deh..byk2 nt malu la.. hee. kiranya kak ika nk crite kak sini..ilham dpt nama kem ni dr situ la..kak ika nak adik2 kak ika yang masih suci ini..tidak dicemari dengan gelapnya dosa.. kembali kepada fitrah islam.. keadaan  umat sedang nazak. .kamu semua pemuda islam yang dinantikan oleh umat.ayuh bangkit!back to islam!back to fitrah!


Mar'ah islam akhir zaman,
ukhti shafika ^^
Sebelum program:

   Saya sangat excited untuk menjalani program back to fitrah ini. Saya berharap agar program yang bakal dijalankan ini berjalan dengan lancar.Saya juga berharap agar program ini dapat menguatkan lagi ukhuwah antara kita sebagai rakan sekelas,rakan sekos dan rakan sejabatan.Semoga program ini juga dapat meninggalkan kesan yang positif kepada para peserta dan para ajk.


Selepas program:

    Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sejabatan diatas bantuan dan kerjasama yang diberi.Ikhlas saya cakap bahawa saya sangat gembira kerana dapat menjadi salah satu ajk untuk program back to fitrah ini.Selepas menjalani program ini, saya baru menyedari bahawa ia banyak memberi kesan positif terhadap diri saya seperti mengajar saya erti kesabaran. Akhir sekali,harapan saya agar program ini dapat dilakukan lagi kerana ia banyak memberi faedah dan kesan positif kepada diri saya. Ia juga dapat menguatkan lagi hubungan silaturrahim antara rakan sekelas. Wassalam.

Meeting Post moterm

Setiap unit menjelaskan cabaran yang dihadapi semasa program berlansung, langkah mengatasi, serta cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.








Monday, 25 April 2016

Tiada Insan Sempurna

~ Bismillah ~

Alhamdulillah 'ala kulli hal, semuanya telah selesai. ^_^

:)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)  :)

Rasanya tiada apa lagi yang nak dikatakan.
Kagum dengan adik-adik...
Petah
Aktif
Berilmu
Malu aq dengan mereka. Lebih hebat dari aq.
Good job adik2 for being here and being part of us ;)


Utama      - aq hanya nak ucapkan TAHNIAH kepada rakan-rakan dalam menjayakan program ini.

Terutama - MAAF je aq paling nak ucapkan andaikata

--> aq x banyak membantu kalian
--> menyusahkan mana-mana pihak
--> kurang ke hadapan
--> lambat respon atas setiap pertanyaan atau sebagainya
--> ada salah silap terhadap mana-mana individu


.... Truely, we're not perfect. I'm believe, all of us, we're learning :) And we're good when unite ...

-KMKMA-

^^ Bismillah ^^
...wuuuuuu purple girl is cOming... acecece.. jgn marahh...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga kem back to fitrah ni.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Of course happy sebab dah selesai.. hahaha.. tapi still xboleh nk move on yang kem ni dah habis.Bahagia bila dapat tahu kem ini mendapat sambutan dan disukai adik2.

Saya ni bahagian makanan je.nak menyembang panjang-panjang dengan adik2 xsempat, sebab kerjanya di dapur masjid je. Tapi, lihat semua makanan cukup buat adik2 tu dah kira lega sangat lah daripada xcukup tu..

Tq to adiq mariam syg kerana kita sama-sama membantu. rajin orangnya blh buat menantu mariam ni.. haha sori gurau syg.. tq jgk kat asyraf a.k.a acap sebagai lelaki mengangkat barang-barang makanan dan mengambilnya.


Semuanya bahagia dan berjalan lancarlah. Kem ini pun mendapat smbtn drp adik2. Adik-adik mohon untuk kita buat lagi kot.. hehe asgmnt byk diq.. haha.. Maksudnya program kita ni berjalan dengan jaya lah yer kalau adik-adik request untuk adakan lagi program ni kan.. ye dak?? x gtu.. kiki..


So tahniah buat kawan-kawanku, adik-adik, dan sesiapa sahaja yang membantu dalam program ini secara langsung atau pun tidak..

Akhir kata, akhir bicara

Sayang kamu semua..
Ikhlaskan segala niat dan perkara yg lakukan kerana Allah ^^
Kerana Allah kita bersatu, dan kerana Allah ukhwah kita menyatu <3

ALIA PURPLE ^^
NUR ALIA MOHMED (IEA 150029)
ReplyDelete

IMBAS KEMBALI

Assalamualaikum ..
alhamdulillah... dengan jayanya Kem Back To Fitrah telah selesai dijalankan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang saling bekerjasama dalam memjayakan kem tersebut. Terima kasih juga di ucapkan kepada penyelaras jabatan Dr. Naim yang sudi datang pada majlis penutup Kem Back To Fitrah. 
Saya taknak tulis panjang-panjang sebab bagi peluang kepada rakan-rakan lain untuk bercerita panjang .
Sepanjang pemerhatian saya selama kem tersebut berlansung, saya lihat adik-adik sangat bersemangat dan mereka sangat hebat apabila diminta untuk bercakap di hadapan. Adik-adik yang hadir di kem tersebut juga sangat memberikan kerjasama kepada pihak kami dalam menjayakan kem Back To Fitrah. Mereka juga mendapat pelbagai perkongsian yang menarik daripada kami. Entahlah apa yang suka dan best sangat, mereka minta untuk kami adakan lagi Kem Back To Fitrah 2.0 pada masa akan datang. InsyaAllah, jika ada rezeki kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang. 
Cukuplah sampai di sini coretan dari saya. Saya sangat gembira dengan pengalaman yang diperolehi dari kem tersebut selaku unit multimedia dan publisiti.
Terima Kasih semua..maaf dari saya atas salah dan silap yang tak tersengaja selama kem tersebut berjalan.

NurBalqisMohdSaad

Saturday, 23 April 2016

HARI PERTAMA BACK TO FITRAH

bismillagirrahmanirrahim.....

assalamualaikum wbt...

ai semua...nak cita lgi nih, rasa x puas pula....hahahaha

nak cita sikit masa hari pertama bermulanya sesi pendaftaran....errmmm...berdebar jugalaa menunggunyer adik2 ni...masa ni x kelam kabut lagi sebab masih awalkan ,,, so tenang jer,, aku pula neves sangat2...aarrrr...x tawulaa kenapa,, melihat adik2 ni sorang demi sorang datang,, ada yg muka manis, ada yang muka masam,,bagai2 lagilaahh,,hahahha nak tergelak pun ada gak,,,sebab aku terfikir kedatanagn dorang ni samada rela atau terpaksa,,,mna2 jerla adik oi...masa nih lum ader paper prasaan dri aku dgn dorg... rsa biasa jer,,,,cuma niat aku dari um lagi aku nak layan dorang dengan kasih sayang, sebab yang aku tau aku ni xlah garang sgt nak marah2,,so aku pn senyum jer ngan adik2 tu smua,,, kadang seram gak bila aku senyum dan kata "ai dik selamat datang"...dengan balasan muka yg suram. dan terpksa jalan didepan aku....okey xpelaahh...think positive jerlaa..bru bangun tdur kot...mud masi x neutral lagi...hahahhaha...

pastu...aku skejap2 pergi ke meja pendaftran skejap2 aku naik atas pegi dewan tgok anak2 buah aku ni okey ke x buat kijo nyer....riso gak....tapi alhmdulillah,,semua berjalan dgn lancar,,,,sebab aku rasa serba salah tinggalkan dorang buat kerja tanpa aku ada,,so aku skejap pegi bwh kejap lg naik....just nak pastikan smua ok,,aku tawu dorang smua bole buat,,,smpaikan dorang sndiri serba salah sbab aku kadang masuk campur kerja dorang,,,hahhah,,,sorilaa,,,dri dok diam masa tuh baik aku tolong mna patut kn...

hampir kesemua pserta dah ada,,ada beberapa lagi yg tggal,,so kami truskan slot sterusya,,iaitu sesi perkenalan akak2 n abg2 fasi...mula2 tu akulaa intronyer...mula2 tu jg muka budak2 suma berbagai2 jer aku tgok...xder respon langsung...ader gak yg gelak,,,ader yg muka siries cam nak xnak dtg,,ade yg muka sedih x tawu sbabnya...hahhaha..aku duk prati tiap muka depa tuh...nk tergelak ader gak...okey pastu kak alia pula handle jadi fasi kejap....pdahl akak alia ni under unit maknan,,,tp sebab dia boleh,,,dia cuba gak.....terbaik ah...cumanya kejap jerlaa...sebab x lama pastu nak settel mknan pula...tu yg kejap jer...pastu truskan dgn akak2 n abg2 fasi yg lain pulaa..masing2 perkenalkan diri...lawak gak dorng nih,,,ada yg malu2...slumber bgai....hahhaha..xpalaa...tu dorang pnya hal..jnji kerja jalan...beres tang nih..lpastu dorang kena buat kumpulan gak...hahhahha..masa ni pun erm..lawak jgalaa....tp lawak biasa2 jer...x la lawak sgt....dorg kena suh amek stu ketas kecik n dalamnya tertulis nama haiwan...pastu smua ttup mata bunyikan haiwan tersebut...so mna2 haiwan yg sma tula kumplan dorg.....erm tu jer....

settel smua dorang di arah utk turun n makan malam yg disediakn oleh unit makan iaitu akak alia , abang acap, n akak yam...yg besnyer program ni kitorang mkankan adik2 nih dalam talam...bia mkan berjemaah,, dah nama program back to fitrah en,,,,mkn dlm talam la jwb nyer,,,bia dorg rsa manisnya mkn berjemaah tu...kan3...bes x?...dah setel mkn dorg diarah pula bsiap utk maghrib n isyak berjmaah...masa ni dorg diberi kebebasan utk melakukan aktiviti...kmi xnak tekankan sgt...lgpun kalo nk program antara maghrib n isya ni kejap sgt...so x bes...kak eyka tu terbaik sgt mngatur program n pengisian....huhuhhuhu

then settel dah isya..dorg kena kumpul dalm dewan pula utk slot seterusnya....mlm ni x pack sgt dorng pnya aktiviti...biase2 jer..video checker jer...maksudnya...dorang ditontonkan video ringkas then dah abis bincang dlm grup tentang ibrah dri video td....erm...bgus jg ar adik2 nih...masing2 pnya pandngan kan...sape tawu...diam2 ubi berisi...pastu...sesi taklimat disiplin pula..disampaikan oleh abg acap n akak abel....wuuu...garang kot...seram jer...aku mulanya duk depan trus pegi belakang...takot.....masa tuh fon, beg duit, and brg2 berharga kami ambil utk simpan jg utk keselamatn berjaga2..ader juga la budak2 yg bawa motor...so kuci tu kami ambil jg...sbab xnak dorg suka ati ulang alik ke ruma...setel kat sna...pastu...sbelum tido baca surah almulk sebelum tdo...yg lawak aku sndiri pn susa nk buat sbelm ni...tp masa ni kn tunjuk yg terbaik pda adik2...so dorg n baca yg diketuai oleh penghulu adik najwan...pastu...sbelum tdoq ada minum mlm..roti ngan air teh kalo x salah...las skali...tidoooooooqqqqqqqq....nanite...

okey....pasal tdur pla pempuan tdo kat dewan tertutup tu atas nuh...laki pula iktikaf dlm masjid...malm pertama ni aku tdur dgn adik2 ni dlm masjid..abg2 lain dorg pilih nk tdoq blik...xpalaa...aku okey jer...


wokey....dah panjang sgt dh nih...bru ari fes....nti aku smbung lagi er


with love,
nazmikhalli


Friday, 22 April 2016

Assalamu'alaikum, semua....

Alhamdulillah...genap 9 hari kem "Back To Fitrah" berlalu pergi meninggalkan daku dan juga rakan-rakanku. Masa berlalu begitu pantas lantasku tidak menyedari akan dia yang semakin jauh. :) Cuma nak cakap kat sini, korang memang terbaik la!!! Sayang korang...;) Program berjalan dengan lancar walaupun semua orang penat. Penat tu hilang bila tengok adik-adik senyum...

Dan yang paling terharu ialah salah seorang ibu daripada salah seorang peserta menghantar wasep kepada Nazmi yang sikap anaknya berubah ke arah kebaikan selepas sertai kem ini. Alhamdulillah...Semua yang baik datang dari Allah...Semoga adik terus istiqomah ya...sayang adik-adik semua...<3 Ermmm...tak tau nak cakap apa dah. Tintaku terhenti di sini dahulu memandangkan percambahna idea yang terbantut di kala matahari kian meninggi tika ini...

Maafkan diriku sahabat-sahabat, adik-adik dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Terima kasih untuk segalanya....terima kasih untuk segala kenangan manis dan pahit kita bersama sepanjang perkenalan ini. Terima kasih kerana menerima diriku apa adanya...Moga Allah sentiasa meredhoi dan merahmati kita semua serta dipermudahkan segala urusan...Aamiin ya robbal'alamiin.

Salam kasih dan sayang,
Adila 
Sabtu, 1217 p.m. 

SALAM SAYANG DARI ABANG NAZMI (PART 2)

bismillahirrahmanirrahim.....

salam dari aku......abam Nazmi.....


Part nih nak cita hari pergerakan sebelum berjumpa dgn adik2 kesayangan pulaaa....

jeng jeng jeng......

pada tanggal 15 April 2016 adalah hari pertama ataupun first day pergerakan kami bermula dari um ke tempat kejadian.....

sambungan part 1 sebelum nih....

Di keheningan fajar menyinsing dengan laungan azan yang berkumandang...aku pun bangun dengan debaran yang membuatkan aku bersemngat masa tuh..."dah smpai harinya nazmi" dalam hati aku kata...slesainya solat subuh tu...doa aku x putus2 semoga dipermudahkan..."ya Allah xda tempat aku mengadu selain darimu ya Allah, berilah kekuatan padi aku dan rakan sperjuangan ini"...aku senyap jer pagi tu buat hal2 sendiri, so trus melangkah kluar bilik perlahan2 dgn membawa barg2 keperluan pergi ke kereta, nampak masa tu 3 orang wanita dah menuggu dah nak tompang...hahahhahhaha,,mals la nk bgtau sapa dorg tuh....kembang x suda pla..fuuhhh..

okey,, masa ni isu bas hisyam tu x settel lagi, sebab memg hisyam ckp, tggu juga,, mulanya rancangan awal naik ktm sebab keta ada sebuah jer,,so memg logiknya utk memuatkan 21 org memg x arh...yg lain pun on jg...sebab smua tawu ni memg rancangan asal n bas tu plan kedua, sebab mulanya pk psal bajet yg x ckup utk tampung, betapa gigihnya akak2 n abg2 ni semata2 nak pegi sna, perasaan syg dgn dorg ni pun makin berbunga, sebab dorg on jer smua,,, tpi aku buat x tawulaa..ego ckit..mmmm

so sbelum dapt jwpan bas tu, majoriti dah kumpul kat um central nak tggu rapid bas pegi stesen lrt...mgkin dlm pukl 9 laa hisyam bgitau bas stuju dan dah kofem, pastu pula bas dah terpacak dekat API (akademi pengajian Islam) fakulti kitorang, rsa bersyukur sgt ar, rsanya nk peluk jer hisyam sebab kegigihhan dia menempah bas um,,,terbaik arh abg hisyam korang ni, nmpk pendiam, tapi fangsyen terlebih....dh tu smua kumpul kat API pla,,, memang happy giler ar sebab dpt naik bas, mudah perjalnan nak pergi ke tempat kejadian,,,tapi aku madihah n dila naik keta sebab dah pinjam dari akak sepupu madihah kan, so move on jerla,,terbaik ar,,, alhamdulillah,,, pagi tuh perjalanan smua lancar sperti yg memg dah dirancang....

dahtu berpisahla kami yg naik keta dgn dorg yg naik bas....riso juga laa sebab  pakcik bas tu mulanya dia ckp x tawu tempat n jalan,,, so mnta tolong salsabila tunjukkan jalan p....tup tup tup....denga cita dorg sampai awai dah...yg lawaknya,,, KAMI SESAT WEY!!!! gelak x suda aku masa tuh,,, jumpa pula jalan nak p aloq staq...kalo macmni memg x arh,,,nina pun ksian gak kol memnjang,,"wey korang katne dah? x smpai2 lagi bas dah smpai lama dah" malu  sgt2 wey,,,ngatkan naik keta nih dah tawu jalan,,atau lebih mudah nak pi,,,tp bila tgok....hahahahahahha...malu nak ulang...huhuhuhuhu..ambil masa sejam gakla melalui rintangan kesesatan kami....

smpai2 jer....alhmdulillah,,,, smua bnda nampk sperti biasa shja....xda yg kalut,,,smua dah siapkan tggal nk turunkan brg dri keta....alhmdulillah,,, mudah jer smua masa tuh...huhuhuhuhuhu...bertambah sayang abam nih aih,,,,awat penyayang sgt nih.....eh...ahahhahahah...lantak ar...smpai jer aku trus rest kat bilik,,,yela kan kitorang dah sewa homestay, dua bilik dgn stu dewan, satu jate satu tino, molek dah...smua dpt.....x saba nak tggu petg ni menunggu kehadiran adik2 kesayangan ni datang....hahahhhhaha...berdebar weyyy!!!!...tapi salah sorg ahli ckap,,,, pengarah mesti cool....okey terima kasih atas sokongan...aku truskan....

tujerlaaa perjalnan kami pada hari jumaat...sebelum bermulanya sesi pendaftaran petang nih.....



with love,
nazmikhalli
assalamualaikum wbt...salam semanis coklat serangup biskutbuat semua...

alhamdulillah...btf dah selesai...macam2 kita dah blajar kan dari program ni...terima kasih dr Naim, kawan2 & family japi yg sgt supportive...

just nak share pengalaman sbg ajak pengisian...kita mesti berusaha selesaikan tugas kita sebaik mungkin,jgn buat org lain susah sbb kita...that's why kita kena prepare awal2...sorry madi,nazmi and especially dila sbb kena backup kerja pengisian yang tak selesai sebelum cuti...syukran jazilan kawan2 yg buat kerja overtime...salute you all yg buat kerja tak kira unit mana even mt...we are really wonder japians!!!!!!!!!!!!!!!!

alhamdulillah berakhir sudah projek kita walau penuh dengan kekibutan tak terduga ...inilah perancangan manusia tak sesempurna perancangan DIA...hopefully kita juga akan back to fitrah bukan sahaja adik2...semoga ukhuwah kita lebih mantap...


salam semanis hot chocolate....

assalamualaikum wbt....


KEMBALIKAN KASIH ITU

Assalammualaikum semua pembaca blog Kem Back To Fitrah ni..

Alhamdulillah, kem yg dirancang berjalan dengan lancar setelah semua berpenat lelah menjalankan tugas masing2...happy sgt bila smua org happy..:)

Actually, dlm keseronokan kami smua mnjlankan program ni ada satu cerita yg ain sendiri alami yg ain sendiri x sngka..Cerita agak sedih dan ain sndiri ingatkan selama ni perkara ni berlaku dalam cerita tv ja..huhu..x sangka dlm realiti ain jumpa depan mata...

Ceritanya bermula selepas habis aktiviti Explorace dlm pkol 6.45ptg mcm tu hari sabtu tu...masa tu suma dah habis main dan adik2 kem ni pon dah nak naik makan n siap nak solat maghrib..,ain pon dah naik la sekali sbb penat jgak dlm2 hujan berExplorace kan..tiba-tiba masa ain nak naik tangga ain dengar suara sorang budak ni panggil "kak Ain...kak Ain"..ain toleh kat bdak tu dan ain knal wajah budak tu sbb dia agak menjadi perbualan di kalangan fasi sejak hari pertama kem lagi...."kite nak cakap dengan kak Ain sikit bleh?"wajah adik tu agak sendikit lain waktu tu..ain pon rasa cuak jugak la..adik ni nak tanya apalah..ain pon pandang fifi yg sama2 nak naik masa tu..dlm hati nk ajak fifi jgak la..takut jgak nk jwab soalan adik ni sorang2..hehe..ain dan fifi mendekati adik tu tiba-tiba terkeluar soalan dari mulut adik tu buat ain dan fifi tergamam..........

"Boleh tak kite benci Ayah kite??" soalan yg buatkan kami tergamam dan saling berpandangan..terus kmi mengajak adik tdi dduk di kerusi berdekatan..soalan itu tak terus dijawab oleh kami berdua...sebaliknya soalan "kenapa cakap macam tu"ditanya kami kat adik tu..jawapan adik tu sbb dia benci ayah dia dan ayah dia tak pernah sayang dia...kami berdua masih belum menjawab soalan adik tadi sebaliknya kami korek dlu latar belakang adik ni..ye lah kita nak bgi pandangan pon kna tahu jalan cerita dlu kan...nak dijadikan cerita adik ni Ibu dan Ayah dia bercerai dan dia ditinggalkan di rumah anak yatim..apa yg buatkan dia membenci ayah dia sbb ayah dia selalu main judi dan mintak duit dari ibu dia..sehingga dia rasa dia tak pernah merasai kasih sayang seorang Ayah..

Nasihat demi nasihat keluar dari mulut kami berdua..pastinya sejahat mna pon ibu dan ayah kita mereka tetap ibu dan ayah kita yg kita kna Hormat Sayang dan Doakan untuk mereka..in syaaAllah tak selamanya ayah itu jahat..kmi minta adik tu maafkan ayahnya walaupon kami tahu ssah bgi dia sebenarnya..minta dia supaya sentiasa berdoa supaya hati dia lembut untuk menerima ayahnya dan berdoa untuk ayahnya jgk spaya berubah..Doa adalah sgt penting sbb hanya Allah ja yg bleh tolong dia dlm masalah ni...lama jgak perbualan kami bersama adik ni smpai masuk waktu maghrib pon kmi masih di bwh....tiba2 terdetik dalam hati ain sebenarnya adik ini tak benci ayah dia sebaliknya dia hanya mahukan kasih sayang ayahnya yg dah lama hilang sejak dia kecil kembali padanya...dan kata hati itu ain luahkan pada adik tu..cuba untuk membuang 'mind set' adik tu yg dia membenci ayahnya...air mata adik ni mengalir dgn kata-kata "Sampai bila kite nak menumpang kasih kat rumah anak yatim tu?"..Ya Allah kasihannya pada adik ni...tanpa kami sedar air mata kami berdua sendiri mengalir dan sebak dengan ujian yg adik ni hadapi..kami terus memberikan nasihat, dorongan dan semangat pada adik ini....kami pon agak mahu cepat sbb waktu maghrib sudah masuk waktu tu...

Maaflah terpanjang pulak cerita ni...tapi ain mintak sgt kepada pembaca semua untuk doakan adik ini supaya kasih sayang ibu dan ayahnya kembali padanya..in syaa Allah..aminn..siapa nama adik ini biarlah hanya ain dan fifi saja menyimpannya..hehe..Terima kasih kerana sudi membaca cerpen ini..jumpa lagi di lain kali...

*Ingat...setiap apa kebaikan yg kita lakukan buatlah selain kerana Allah..buatlah untuk ibu ayah kita...sentiasa doakan ibu ayah kita..sbb kita nak tgok ibu dan ayah kita masuk Syurga kann...Jadilah anak yang soleh yang berbakti untuk ibu ayah kita...in syaa Allah..

                                                                                                                                            yang Ikhlas,
                                                                                                                                             AIN ZAKI