Thursday, 19 May 2016

Assalamualaikum..
Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana kem Back To Fitrah ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dari rakan-rakan yg lain.
Kedua, terima kasih kpd Dr. Khairul Naim kerana sudi datang pada majlis penutup yg telah diadakan. Terima kasih juga kerana banyak beri tunjuk ajar kepada kami sebelum program dijalankan.
Berdasarkan kem yg telah dijalankan ini, saya akui banyak perkara baru yang dapat saya belajar.
Contohnya, cara untuk berinteraksi dengan adik-adik. Biasalah manusia lain-lain perangai, jadi adik-adik ni juga seperti itu. 
Seterusnya, dari kem ini juga, saya lebih dekat dengan rakan-rakan sekelas. Maksudnya, saya lebih dapat mengenali rakan-rakan yang lain kerana di kelas kami hanya belajar di dalam sebuah kelas yg sama , tapi di sini kami belajar untuk bekerjasama bagaimana untuk mengawasi tingkah laku adik-adik, bagaimana cara untuk melancarkan perjalanan program dan lain-lain lagi.
Baiklah, rasanya cukuplah coretan yang sedikit itu. nanti cerita di lain masa pula..haha..
Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan yang berlaku secara tidak sengaja semasa program dijalankan. Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak membantu.


                                                                                                       Iman Mushaddad a.k.a. abg Sado :)


Tuesday, 10 May 2016

ASSALAMUALAIKUM,,,

fasolli wanusolli ala rasulillah..

alhamdulillah.. alhamdulillah,, selesai sudah " kem back to fitrah ". pada awalnya pelbagai cabaran dan kesukaran yang kami tempuhi untuk merangka dan menjalankan program ini ! pertolongan dan kemenangan daripada Allah itu benar.. kami dapat melengkapkan seterusnya mengakhiri kem ini dengan jaya sekali ! 

mewakili unit makanan dan kebajikan. abg acap memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang program. khususnya berkaitan kelewatan hidangan makanan, menu yang tidak menepati selera dan sebagainya. manakala berkaitan hal penempatan dan tempat beradu para peserta juga begitu, abg acap mohon seribu kemaafan andai kata mendatangkan ketidakselesaan kpd para peserta. ketahuilah kami para AJK bertungkus lumus untuk menyediakan yang terbaik buat kalian. adat bagi orang yg baru bertatih,, jatuh bangun,, tergolek,, tersadung spenjang proses berjalan. begitu juga kami ! sedang belajar lagi,, moga2 dapat ibroh dan manfaat baik hasil daripada pelaksanaan kem ini, :)

terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekerja saya, kak yam dan kak alia. sungguh banyak bantuan yang mereka hulurkan bagi melancarkan gerak kerja unit kami. pengalaman, kemahiran dan ilmu yang mereka miliko sangat2 membantu saya dalam mengatur rancangan sekaligus melaksanakannya. beberapa kali kami diuji sepanjang disana, seperti contoh: terpaksa mengubah menu daripada yg asal, bahan yang tidak mencukupi, makanan yang tiba lewat. semua ini dapat diselesaikan secara baik. hasil perbincangan dan bantuan rakan2 AJK yg lain juga :) tidak dilupakan juga kepada pihak masjid khususnya nazir masjid yg bnyak membantu, segala kelengkapan dan peralatan di dapur masjid sudi dipinjamkan kepada unit kami, secara tidak langsung dapat melancarkan gerak kerja yang dirancang. kepada En. Tazul (ayahanda kpd kak nina) ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan kami rangkulkan kpd beliau. pak cik tazul banyak membantu kami dlm mendapatkan sumber kewangan, penyediaan makanan dan bantuan logistik bagi memudahkan pergerakan unit kami. beliau sangat2 berkorban masa dan tenaga utk sama2 menjayakan program ini. selain limpahan nasihat dan buah idea yg dicurahkn kpd kami bertujuan menambah baik proses yg telah kami rancang menjadi lebih cemerlang.secara peribadi saya beruntung kerana dapat mendengar pelbagai cerita daripada beliau yg telah lama berkecimpung dalam bidang dakwah juga di Plus berhad,

kepada para peserta kem back to fitrah ! selamat maju jaya abg acap ucapkan.ambil segala input dan manfaat baik drpd kem ini ! terapkan dlm kehidupan seharian kalian. aplikasikan dlm strategi pembelajaran kalian ! insyaALLAH kejayaan milik anda semua ! :)

abg dengar feedback yg sgt baik drpd kalian dan ibu bapa juga. mana tahu ada " kem back to firah 2,0 "? :D doakanlah, ada rezeki ketemu lagi.... rajin2 belajar.. maassalamah ! see u d ipt :)

bakal LT.MUDA asyraf ~

Monday, 9 May 2016

Masa lalu Tertinggal

Assalamualaikum seme...


Bersyukur ke hadrat Ilahi yang menghidup & mempertemukan kite walaupun cuma seketika.


Tapi itulah antara tujuan kite diciptakan untuk berkasih sayang  & berkenal - kenalan sesama makhluk.


Selama 3 hari 2 malam kite bermesra, abang bersyukur dapat kenal dengan korang seme, korang seme bagus, lagi 1 abang nak mintak maaf kalu abang kurang bersosial dengan korang, abang ni pemalu skit.  Al maklum laa sifat keperempuanan tu terlebih skit..


Abang x pasti korang seme ingat atau x agy muka abang. Yelah abang ni xdela femes mcm abang - abang lain. Diorang seme tu hot stuff. Abang ni ibarat melukut di tepi gantang je. 


  


Kat bawah nie abang ade selitkan serpihan kenangan - kenangan kite seme. Mudah - mudahan kite dipertemukan lagi. Aminn












Akhir kalam, selamat menyambut Ramadan al- Mubarak.


Yang tulus ikhlas,
Hisyaam.

Friday, 6 May 2016

CAMPUR BAUR :)


SENYUM dan ucapkan ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih izinkan kita bersama mereka yang kita SAYANG...... 


biarlah gambar yang berbicara :>


disini saya belajar untuk mengurus


disini saya belajar untuk bersabar
inilah dia kumpulan adik2 ayam saye 


disini saya belajar untuk memberi idea sbb otak kami same2 beku
bertukar name menjadi "SUPER SYABAB"


disini saya belajar untuk menyayangi


disini saya belajar untuk memahami


disini saya belajar untuk mengalah 


disini saya belajar untuk mendengar



disini saya belajar untuk BERANI


disini saya belajar untuk POSITIVE


disini saya belajar untuk mengenali


disini saya belajar untuk bekerjasama


disini saya belajar untuk berterima kasih





disini saya belajar untuk bercakap dan bertenang


dan disini saya belajar untuk MENGHARGAI serta BERKASIH SAYANG :>


yang ikhlas,
bunga bergerak 




Tuesday, 3 May 2016

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum wbt

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,kita dapat menyempurnakan kem back to fitrah sebagaimana yg telah dirancang...Walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi,  alhamdulillah Allah izinkan kami para ajk dan fasilitator  bertemu dengan adik2 yg sgt sporting dan bersemangat sepanjang program dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menjayakan program....(terutamanya nina sekeluarga)

Walaupun kem ni dah dekat 3 minggu dah beakhir, tapi kerinduan kepada adik2 peserta kem btf ni masih lagi terasa sebab ni program pertama yg aku jd fasi and ajk selepas masuk um ni..... Gementar dia sebelum program ni memang tak payah cerita la sebab dah lama tak buat program2 macam ni...
dalam hati ni pon berdebor-debor dia Allah je yg tahu... dalam eksaited nak jumpa adik2 ni, terselit jugakla  risau sebab takut tak dapat jalankan amanah seperti yang diharapkan oleh semua orang.... and lagi satu takut adik2 yang bakal duduk satu grup dengan aku ni rasa tak selesa dengan cara aku.

And then hari yang dinanti pon tiba.... bertolak dari um ke masjid ni dengan bas (tahnks to Hisyam, last minute kami dpt jugak bas) dengan hati yang berdebor2... tp sbb jln jauh n sesat plak tu, maka ramaila diantara kami yg tertewas dengan syaitan yang bergayutan di mata dan terjaga bila da smpai depan gate masjid....

Pastu.... dipendekkan cite, time pendaftaran tu aku tolomg la adik2 ni tulis nama dkt kain ikat kepala diorang so scara tak langsungnye ade la budak2 ni yang namanya aku dapat cam...pastu bila sume fasi n ajk disuruh utk kenalkan diri, memang makin berdebor la teman... ate udoh lame bebenornye pon tak bercakap depan budok2 mude...

Habis sesi perkenalan,bahagi kumpulan dan aku dapatla kumpulan itik...( serius lawak bila aku panggil diorang anak2 itik...okbai)
risau jugak aku bila tengok budk2 ni... terpikirla aku kat situ, mampu ke aku ni nak duk sama2 dalam satu kumpulan ni dgn diorg??? nak bimbing diorang bagai??? aku ni pon bukan la bagus mana pon....
Tapi apa yang aku suka  dgn adik2 ni, diorang sangat sporting dan sentiasa bagi kerjasama bila aku suruh diorang bagi pandangan diorang masing2 dlm satu2 perkara (walaupun ade yang nak tido time aku tgh cakap.... xpe dik, akak redo)...

tapi yang bestye dalam kem btf ni, aku bukan je dapat tunjukkan skill aku bercakap depan adik2 ni and kongsi pandangan aku dengan diorang (sebab aku ni pon masih lagi blajo, so x berani nak ckp bagi ilmu bagai) , tapi aku pon dapat jugak ambil input2 dan ilmu2 baru yg aku xtau daripada budak2 ni sbbnya kebanyakan diorang ni, kalo tanye soalan je mesti dapat jawab...
and aku rasa aku yang banyak belajar daripada diorang sebab diorang ni suka bagi pandangan masing2... yang kadangkala aku tak terfikir pon yg diorang akan ckp... Adik2 ni memang the best la sebab diorang ni lebih berani daripada aku sebab aku time skolah memang aku paling tak suka bercakap depan orang....gemuruh...hehehheh

Wa akhirulkalam.... syukran jazilan ala kulli hal...pengalaman mengendalikan kem btf ni adalah satu pengalaman yg sangat berharga dan akan menjadi penentu aras kepada program2 yang kita akan jalankan di masa hadapan... terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan yang sentiasa menyokong dan membantu untuk aku terus semangat dalam kem ni.... serius lepas habis program aku rasa ukhuwah antara kami semakin kuat dan harap program yang bermanfaat seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masaakan datang...
(thanks to unit logistik, lepas ni kita kena lebih function lagi ok! sori aku pon x bagi kerjasama sgt dekat korang... insyaalah kalo kita still lagi dalam unit yang sama, kita kasi function sikit ini unit)
sori membebel panjang sbb dah lama x update....

Sampai jumpa lagi salam ukhuwah fillah,

                     -ladyvvip-

                                                               بسم الله الرحمن الرحيم


Walau tidak pernah bersua
Walau tidak pernah bertentangan mata
Walau tidak pernah berbicara
Namun terasa bagai sudah lama berjumpa
3 hari kita bersama
Pelbagai rasa yang dapat dirasa
Pelbagai kenangan yang menggamit rasa
Walaupun hanya seketika
Tercipta memori indah antara kita
Kem BTF benar-benar menyatukan kita.

   Apa khabar fasilitator2,ajk2 dan adik2 kem BTF?Semoga dalam keadaan sihat dan ceria.Sedar tak sedar,2 minggu sudah berlalunya kem ini.Pertama sekali ,tahniah diucapkan kepada adik2 kerana menjadi insan yang terpilih untuk menyertai kem ini.Pertemuan ini bukanlah  secara kebetulan melainkan Allah telah tetapkan kita untuk bertemu.Sungguh cantikkan aturan Allah , mempertemukan kita dalam suasana yang cukup indah.Semoga adik2 dapat mengamalkan input2 positif yang diperoleh dari kem ini.

  Kedua,tahniah kepada rakan2 seperjuangan yang telah bertungkus lumus sebelum,semasa dan selepas program untuk memastikan kem BTF ini berjaya mencapai matlamatnya dan berjalan dengan lancar.Alhamdulillah setelah beberapa minggu berusaha keras,pelbagai rintangan yang telah kita tempuhi serta mendapat tindak balas positif dari para peserta.Ramai yang meminta supaya kem BTF diadakan lagi.Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kem ini berjalan bermula daripada mesyuarat pertama kem BTF.Terima kasih kepada semua atas pengalaman ini dan banyak memberi tunjuk ajar.

   2minggu sebelum kem ini bemula,kami masih lagi tidak mendapat dana yang mencukupi.Sebagai ahli unit tajaan sememangnya diri mulai bimbang.Terasa seperti ingin menunda kem ini ke tarikh lain.Namun setelah melihat ketua unit tajaan dan ahli2 yang lain bersemangat mencari jalan untuk mencukupkan dana,secara tak langsung semangat itu kembali dalam diri.Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan tajaan seperti membuat jualan,membersihkan bilik pensyarah dan lain2 lagi.Alhamdulillah selepas selesai program,kami mendapat  tajaan yang mencukupi daripada beberapa agensi.Nasihat kepada pembaca BTF yang menjadi unit tajaan,bersiap sedialah mencari dana awal2.Kesabaran,kerjasama dan kesungguhan itu perlu dalam diri masing2.
   
    Akhir kalam,terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan Kem BTF ini secara langsung atau tidak terutama Penyelaras subjek Jalinan Masyarakat,Dr khairul Naim,k.fisha,dr syed,ustaz syukri,family Nina,senior2 dan semua yang membantu dari segi memberi sokongan,idea serta material.Semoga program-program sebegini diteruskan,bukan hanya terhenti di sini sahaja.

       Sekian,salam ukhwah setautan mahabbah.Jom, Back To Fitrah kawan-kawan!!!


                                                                                                                                       

                                                      -  N.A.I -
     

       

Monday, 2 May 2016

HARI KE-2 BACK TO FITRAH

bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum wbt..


haaa...sori...lambat abam nak update utk ari kedua nih....haiisshh...bz nau pas abes prog adik2 ni....xderlaaa....x bz mna pon,,,,,kdg xder idea nak oyak gapo....

key...malam2 camni,,, nak updte ckit,,,ttg ari kdua,,, abam dah ngantuk dah senanyer,,,,tp.....nak juga....erm....gituuhhh....

okey trus pda crita yg abam nak cita la naa...mai sat naaa...abam nak habaq mai nih....

baiklaaa...masa ari kdua tuh...kalo tgok tetatif prog pn dah mkin bnyak dah banding hari pertama tuh...yelakan....hari kdua dah...xkanlaa xda buat pape plaa...fuhh..ksian akak ika dah penim pale dah duk pk prog ape n buat,,,bukan dia sorg jer,,,dgn ahli2 dia skali penim sbelum program lg duk pk prgram gapo nk buat...then alhmdulillah...masa hari kejadian tu smua berjalan dgn lancar...

eremmmm...bru starting,,,,dah panjag,,,blom masuk cita psal aktiviti lg...ermmm...xpe abam cuba....

pada awal pagi dlm pkul 4 am tuh smua dh kna bngun sebab per? sebbnyer ada qiamulail...huhuhuuh...lamo dah x buat,,,ya Allah,,,serba salah pla...sempat gaklaa muhasabah masa qa tuh...msa sbelum tido tu sempat gaklaa suh penghulu spya gerakkkan awal spya dapt bngun n bsiap awal...dan terbaik ar dia dh bngunkan msuk aku skali masa tuh dlm kul 330 am...aku ckp dgn dia...awal lg di...hhahahah....nmpak sgt mcm malas nk bngn...erm....yelahh..pastu aku pn trus bgun naik g bilik kejut kan yg laki lain....ngatkan aku laa paling lewat kalangn ajak laki nih....sebb...smentra budak2 tu pegi bsiap aku pn nk p bsiap gak...xkan aa nak pkai bju tdo tu jer truskan...so bila msuk bilik...dorg tgah sedap tdur...tkejut gak laa..trus aku lmpu,,kjutkan,,,tu pn dorg mcm lmbat ckit lg...xpelaa...mybe dorg penat so aku jer settelkan bdak2 tuh...eh...yg aku mksdkan ni budak laki taw...bukan pempuan,,,,kang x pasal2 pk aku kejutkan dak puan pla,,,hahhaha,,,ni bilik aku laa dgn iman, hisyam n acap skali,,,dorg 3 jer tdo blik mlm tu,,,aku temankan adik2 nih dlm masjid....

dah setel qiam,,,,tggu pla wktu subuh dlam beberapa minit lagi...org n makin rmai dtg,,terbaik arh masjid ni,,,,jemaah dia memg rmai sgt...rsa sedap sgt bila berjmaah ...rsan sgt kemanisan jemaah tu..dah setel smua....akak ika kita nih truskan aktiviti energizer.....wuuuuuuu....bersenam jer kot...nma die gempak dooo...hahhah,,,,paperlaa yg penting terbaik...erm....key...msa ni...lawak...hahahha...lawak sebab per...sebab aku x lawak ngan budak2 tuh...tp aku festaim tgok akak2 ni mnari....ermmm...hahahhahah..tu jer...x lawak pon...masa tu ada tarin penguin..pastu ade taria pe ntah...x igt dah...ylah dah ssemggu kot...aku menari gak..mne yg aku tawu aku iku...yg aku x tawu aku follow jer...ksian gak adi2 tu,,,,huhuuhuhu,,,,festaim menari er....hahhaha...xpe dik....kmi buat ni spaya korg suma happy..

lepas enegizer akak ika tu...trus pla dgn love box pe ntah,,,hahahahah,,,sori ta igt,,,x taawu letak mne tentatif tuh.....yg nii game die,,,,alah lebih kurg jer macm main game kotak beracun,,,,tpi sbab akak ika tu romantik org nyer,,,so die gunalaa 'love' kan...x gitu akak ika nyer.....dgr lagu pastu nila lagu dh stop...sape pegang masa ni...dialaa orgnyer...kna cabut o ambil sekeping kertas dlm kotak tu then baca...tajuk pe yg korang kena...tu jer...xlah havock sgt...tp mesej tu yg penting sbenarnyer...nak didik adi2 tu bia bersuara dpan umum...xlah..duk tgok2 org lain x klua suarenyer kan...erm......

pastu....masa utk sarapan pla...ermmm...dap oO..srapan pserta msa tuh...nasi lemak...hhhhahahah...yg tekejutna ngatkn fasi dgn adik2 tu sama menu...rupanya idok ler...fasi makn roti canai...huhuhuhu...yg lawaknyer aderlaa akak2 ni yg mnta nasi lemak tu...ksian...erm...nasi lemak tu ckup2 jer utk adik...dan...lawak jglaa bila dpt tawu ada adik ni 'alergik' dgn nasi lemak...lahaii dik oi...nasi lemak tu mknn melayu dik....awat western sgt nih...hhhahahah..xper...tu cita sarapan jer...mls nk panjg2...

lepas sarapan...adik2 ni pergilaa khidmat diri...mksudnya persiapkan diri utk program sterusnyer...yelaa kan...dri subuh td ade yg x mndi lagi...ade jer yg dah mndi...yg dah mndi tu bole ler rest kejap smntara mnggu...yg tak,,,pergilaa mandi dorg nih...huhuuhu...dah settel smua....adik2 nih pergi solat sunat duhah berjemaah...

okey...xnak ckp panjg senanyer...tp nak juga luahkan smua....ermmm...sabarla erk kepada pembaca...


dlm kuul 9 suku tuh slot pertama utk hari ni pn mula...sloat apa bnda tu?...Revive Your Soul....gempak x nma kitorang...erm....korang jgn macm2 tau...akidah..akidah jg...tp...soal mengayat nih..korang jgn main2..pekena pula akak ika korang tuh.....hahhah....slot 1 ni adalh slot ttg perbaiki solat...bgaiman kaedah yg betul...mana yg etul...mna yg salah...masa i ust Shukri sbgai penceramah die...uhuhuhuhuh...terbaik arh...ust dri jabatan kitrang gak...tutorial tasawuf ust nilaa yg ajaq..hahahha...slot 1 nih smpailaa pkul 10 suku...kejap jer...sejam..x lame pun dik oi...xyh nk stres bgai,,,hahahha,,,pastu...msuk kpd LDK pula...LDK stand for latihan dalam kumpulan...alah mcm x biasa tiap kali program memg ade punyer...propa jer x tawu,,,hempuk satgi,,haaa...LDK 1 ni....adik2 tu kena laa aplikasikan apa yg dapat dri slot  td...haaa.terbaik kan??,,,,bukan stakat bgi teori jer...praktikal skali dik oi...x ke ruginyer kalo kome idok pegi??ermmm...masa ni aku x tgok sgt...sbab aku ae kat bwh dgn unit mknan,,mengkuti stiap perubahan n perkembngan depa ni haa...ksia dorg...dahla x ramai...keja nyer cbuk pula...huhuhu....xpelaa erk...kome smuo bulih...

abes slot 1 n LDK tu...msa utk minum pagi....alaah...mals nk berleterlaa hok nih...maleh..

pas slesai jer minum pagi,,, ade latihan dlam kumplan pula...iaitu persembahan mereka pda ari utk pntutpan keesokan ari...so dorg bincnglaa ckit2...apa yg ptut dorg buat msa pnutupan nti...bincg2 punya bincng...msa pun bergerak dan utk aktiviti sterusnye...iatu slot Adam Hawa...ahhaahahhaha..masa ni aku gelak...xlh lawakk....patutnya abg iman..tp dia sndiri ta tawu na ckp paa...ada idea dia...tp maybe ta biasa berckp depan2...slot ni yg mna pempuan kna pisah ngan laki...so bag2 maek yg laki...kaka2 amek yg puang...ermmm...so...abam tawu yg belah laki jelah...sebabnya aku bntu iman berbicara mngenai Sultan Muhamad Al-Fatih....hahhaha..ak dah sdia bahan dah...cmnya...msa nak bentg dpan adik2 tu...slide lupaa nak save msa buat ritu....hahhahhaha...memg gelabah gaklaaa..uhuhuhuhu...tp memndgkan masa kejap jer...so kami pn crita mna yg mampu jer....tambah2 pla ada adik2 yg tawu serba sdikit berkaitan tajuk yg di bincangkan....erm...hahhahah...xpe abg iman...kta kerjasama....ksian gaklaaa.kat adik2 tuh...sebabya dorg ada yg ta tawu siapa Sultan Alfatih tu sbenarnye....erm...kmi pn serba slah gak x detailkan penceritaan tuh...erm....takut nti kalo lebih2 salah fakta laa...

alahai...bru stengah ari cita abam nih....erm....jap eaa....nak cri idea plaa...

oke....smbung cita plaaa......

pastu.....setel atas tu...adik2 ni pn solat zoho berjemaaah...xda pa kot nak cita cni nih,,,,,ylaaa org tgh solat kot...paham la ckit ea....

then...depa smua peggi makan...ni pn xda pa nak cita sgt...sbab abam x skali dgn dorg....abg rest jap bilik pas zoho tu...huhuhuhuhu...siries...letih sgt2...

haaa...dah setel smua bnda tuh....next slot plaa...eh...bkaan slot....LDK....erm..LDK 3...iaitu muwasoffat tarbiah plaa..huuhuuh,,,ni aku x faham sgt mula nya caner...sebab yg andle akak abel nu haaa...sebabnya...kami fasi2 yg lain ada briefing ckit2 pasal explorace petg nih....hahahaahaha...aip..gelak pla....xderlaaaa...sjer jer...masa ni..tegang gak ar...sebabnya ada stengah akak2 ni xnak luar masjid....yg aku pla n beberapa yg lain...nak checkpoint kat lua...erm...amek masa gaklaaa masa nih...bgi aku  beslaa kalo explorace mudah2 ni,,,dorg pn dah besaq panjg...bole pk kan...erm...las kputusan...satu jer checkpoint kat lua..iaitu aku gan hisyam...g lain smua dlm kawsan masjid...rsau gaklaaa...cam kalut cit...tp xpa...x cuba kta x tawu kan...dah settel bncng smua...tawu2 dewan balckout,,,huuuu...ksian adik2 sbab kpanasan,,,,smpai ada yg klua dewan...las2 tuh...aku suh dorg turun bwah,,,,ade angin kpas...xlah panas mna pn...msa tu LDK ni x setel lg tau...smpatlaaa aku tgok ckit...rpnya...LDK ni...tiap kmpulan kna bg satu task...dan task tu adalh satu situasi yg mereka kna lakonkan....tu jer sbenarnye...cthnyaa...situasi yg aku smpat tgok...pda bulan puasa ada org yg x puasa,,,so tu jer,,,siriesly...msa ni otak aku jem gile...dah kena bngun awal pagi tuu...smpai petg tu x tdo2...haaa...nasib bdn...tapi xpe...sebab pkirkan tggungjwab...aku uat jgalaa..ksian dorg unit program dah sungguh buat aktiviti...aku sbgai ktua x ambil pduli lak..hahahahaha...

Sunday, 1 May 2016

Bukan senang nak jadi pendakwah

Assalamualaikum BTF Reader's...
hmmm..tak tahu nak kata apa cuma banyak manfaat yang saya dapat daripada Kem Back To Fitrah ni..Saya cerita yang saya ingat jela yerr

Secara jujurnya...
rasa diri ni tak layak nak jadi fasilitator adik-adik..
Haha..ilmu saya ni bukannya banyak sangat, nak nasihat lagi la..
diri ni pun banyak lagi kekurangan..
Kalau boleh tak nak pun jadi fasi, tapi dah kawan-kawan susun takpelah..
sebab sebelum program ni pun tak banyak komitmen dalam gerak kerja dengan kawan-kawan..
Saya tak nak la demand minta macam-macam..Hehe..alaa jadi fasi je..small matter..
Maaf sangat-sangat korang sebab terikat dengan komitmen lain sebelum ni...

Semasa jadi fasi, memang rasa janggal sangat bila bersama dengan adik-adik..
Nasib baik satu kumpulan dua orang fasi...
Alhamdulillah ada Nina..adala jugak borak-borak kan..hehe
Sori ya adik-adik..akak ni pendiam sikit..Akak pun ada kerja multimedia lagi-lagi hari terakhir..
Memang tak dapat nak join night walk dengan korang dik..
Haha..serious sangat moment time tu..dah macam panda dah rasanya mata ni..
Time hari terakhir, video kami tak buat lagi, gambar-gambar tak pilih lagi..memang tak tidur la time tu..Stress jugakla dengar kawan-kawan punya dengkur..Bestnya la hai diaorang tidur..Nak tidur kang, esok kena siapkan jugak video ni..(sob sob sob..)

Okay, lupakan pasal tu, balik pada hari sebelum hari terakhir, kitaorang fasi kena buat explorace. Tiba-tiba AJK Multimedia kena jaga slot Muwasofat Tarbiah sebab fasi-fasi lain nak get ready untuk explorace yang bakal dibuat lepas asar...Kitaorang pun ambillah amanah tu dengan rela hatinya...(betullah) Lepas tu, time masa tengah ada lakonan-lakonan tu, blackout pulak...Dahla blackout, pastu tak da air..(Oh My God!!) Kitaorang pun pindahla ke depan dewan masjid tu sebab rupanya kat situ ada je elektrik..Hehe tiba-tiba Abel dan Balqis serah tugas pada saya pulak nak conduct budak-budak tu..Saya teragak-agak jugak la nak conduct..tapi langgar je lah..sikit je ni budaknya...Nasib baikla penyakit nervous tak datang time tu...kekeke

Bila cakap pasal nervous tak nervous ni kan..mesti tak sangka kan saya yang pendiam, tak banyak cakap pemalu n so on boleh menari kat depan..bukan menari gedik-gedik eh..menari sopan-sopan gitu..(time riadah maksud saya) saya pun tak sangka saya yang kena lead semua orang, termasuk fasi..sebab saya dan Bella je yang tau step tarian tu..haha tapi tak retila nak buat diaorang semangat menari..sebab fasi dia ni pun tak semangat...kang kalau saya semangat kang hilang title budak akidah..lagi-lagi kat masjid...kekeke

Ada satu malam tu, first night kot, ada adik perempuan ni tanya...
"akak kitaorang nak kena tidur mana?"
Hmm..time tu pun saya bingung..nak letak mana la diaorang ni..
Semua dah penuh..Tapi time tu saya dah gelabah dah..nak biarkan, kang tak jaga kebajikan budak pulak..Last-last saya kata " adik tunggu kejap eh..akak pergi panggil fasi lain"
Adoii mesti budak tu fikir tah apa-apa la aku nikan? Benda kecik pun tak boleh nak settle..
Haha..tapi serious la..dari sekecil-kecil hingga ke besar perkara banyak benda saya belejar dari program ni..

Hmm..masa sebelum tayangan video masa majlis penutup, masa tu lega sangat-sangat dalam tentatif tayangan video last sekali..kalau buat awal-awal, memang takde video la korang..
Sebab masa tu saya ngan Abel tengah bertungkus lumus buat video kat bilik...Aqis gi cover laptop kat tempat program. Masa tu dalam hati ni mampu doa je la harap-harap sangat video ni sempat siap dan render tak lama..Lega sangat ada Abel tolong..takleh bayang kalau saya buat sorang..tu gunanya ada AJK..ngeee...

So kesimpulannya...apa yang saya dapat?
  • Dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat (problem solving)
  • Dapat asah kemahiran multimedia
  • Dapat asah kemahiran bercakap depan orang ramai
  • Dapat rapatkan ukhwah antara kawan-kawan yang sebelum ni tak semua saya tau nama (teruk tak saya?)
  • Dapat kesedaran diri ni diperlukan dalam masyarakat (sob sob sob)
  • Dapat belajar sikap tolak ansur, tak pentingkan diri sendiri
  • Dapat menyumbang kepada masyarakat sebagai saham akhirat..


Ini sebahagian jela yang saya cerita...sebenarnya banyak lagi..tapi biasa- biasa jela.. kawan-kawan pun dah banyak cerita benda yang sama..Cuma..saya nak pesan untuk diri saya dan kawan-kawan yang belajar agama secara khusus, walaupun cita-cita kita mungkin bukan menjadi seorang pendakwah, semua dah maklum kita jadi pendakwah secara tidak sedar...masyarakat melihat akhlak dan peribadi kita...Kalau kita didik adik-adik kita Sayounara Jahiliah, kita pun kena sama-sama tinggalkan Jahiliah juga..Saya tahu..dunia siber sekarang sangat mencabar..saya sendiri pun susah nak tinggalkan benda-benda lagha..sangat susah...Kita pun dalam proses nak belajar...Doakan saya supaya kuat hadapi segala ujian dunia akhir zaman ini..Saya tak layak nak cakap banyak..saya ni bukanlah baik sangat..sebenarnya saya sedang bercakap dengan hati saya sendiri..Wassalam...

Nor Farhanah binti Abd Raub
AJK Multimedia BTF
Mahasiswi JAPI Tahun 1